Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Portal v2HomeSearchLatest imagesMemberlistRegisterLog in

 

 Pelajar sekolah diserang histeria

Go down 
2 posters
AuthorMessage
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
crescent


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 36
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

Pelajar sekolah diserang histeria Empty
PostSubject: Pelajar sekolah diserang histeria   Pelajar sekolah diserang histeria Icon_minitimeFri Sep 05, 2008 1:54 pm

Pelajar sekolah diserang histeria Mmame1hl7

Pelajar sekolah diserang histeria Mmame2dp1

Pelajar SMK Tanjung Lumpur mula berpindah

KUANTAN 12 Ogos – Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini yang menjadi mangsa histeria telah ditukarkan ke sekolah lain baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, pelajar tingkatan dua itu ditukarkan ke SMK Teluk Chempedak di sini.

Menurut beliau, lima pelajar lain sedang dalam proses pertukaran apabila mereka mengisi borang bertukar sekolah hari ini.

Menurut beliau, baki 29 pelajar masih dalam perbincangan dengan ahli keluarga masing-masing sama ada mahu berpindah sekolah atau sebaliknya.- Utusan.




Sekolah terbabit histeria operasi seperti biasa

KUANTAN: Proses pembelajaran dan pengajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini yang terbabit dalam kejadian histeria, berjalan lancar tanpa sebarang kejadian buruk dan tidak ada perancangan untuk ditutup

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif, berkata semua kegiatan serta aktiviti kokurikulum seperti persatuan, kelab dan badan beruniform berjalan seperti biasa, sekali gus menafikan dakwaan situasi di situ bertambah buruk.

Sehubungan itu, beliau menganggap dakwaan pihak yang menyatakan sekolah itu perlu ditutup tidak wajar sama sekali kerana masih ada 796 pelajar yang sedang mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran seperti biasa.

“Sehingga kini, kami tidak mempunyai sebarang niat atau cadangan untuk menutup sekolah berkenaan kerana hanya 35 pelajar saja yang terbabit dalam kejadian histeria yang masih berlanjutan sejak kejadian awal Mei lalu.

"Kejadian histeria itu tidak berlaku serentak, sebaliknya berulang-ulang kepada tiga hingga lima pelajar sama dari kumpulan terbabit saja,” katanya.
Back to top Go down
http://crescentstuff.blogspot.com/
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
crescent


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 36
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

Pelajar sekolah diserang histeria Empty
PostSubject: Re: Pelajar sekolah diserang histeria   Pelajar sekolah diserang histeria Icon_minitimeFri Sep 05, 2008 1:54 pm

Masih kena histeria - Walaupun telah dipindah ke sekolah lain

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my

SEORANG pengamal perubatan tradisional menabur beras jampi sebagai usaha meredakan kejadian histeria di SMK Tanjung Lumpur, Kuantan semalam.

KUANTAN - Usaha memindahkan pelajar ke sekolah lain yang terletak kira-kira dua kilometer dengan harapan mangsa tidak lagi diserang histeria nampaknya tidak berhasil.

Sebaliknya, sebahagian daripada 11 pelajar perempuan yang ditukarkan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur ke SMK Sungai Soi di sini masih diganggu kejadian misteri itu.

Mariah Mat Zain, 50, ibu saudara kepada salah seorang mangsa terbabit memberitahu, keadaan anak saudaranya masih mengalami histeria selepas tiga minggu bertukar ke SMK Sungai Soi.

"Keadaan anak saudara saya (Nur Faizah Mohd. Mustafa) masih tak berubah. Termasuk hari ini (semalam), sudah dua kali dia kena histeria sejak bertukar ke sekolah baru pada tiga minggu lalu," katanya semasa ditemui di rumahnya di sini semalam.

Kata Mariah lagi, beliau dimaklumkan bahawa anak saudaranya itu diserang gangguan histeria pada pukul 8 pagi semalam sewaktu mengikuti perhimpunan pagi di SMK Sungai Soi.

Tambahnya lagi, anak saudaranya kemudian dihantar oleh seorang guru ke SMK Tanjung Lumpur untuk dipulihkan.

"Kebetulan ada pakar terapi yang datang ke sekolah ini (SMK Tanjung Lumpur) untuk bantu selesaikan masalah histeria. Sebab itulah pihak SMK Sungai Soi hantar Nur Faizah ke sekolah ini," katanya.

Pakar terapi, Nor Azizan Abdul Majid dari Pusat Terapi Minda Aura Syifa Malaysia (Aura Syifa) semasa ditemui di SMK Tanjung Lumpur berkata, masa- lah histeria tersebut berpunca daripada tekanan yang dihadapi pelajar.

"Kita turut mengesan aktiviti entiti (makhluk halus) di sekolah ini, tapi ia bukan punca utama. Keadaan pelajar yang tertekan menjadi punca mereka mudah diganggu entiti.

"Minda pelajar perlu dikuatkan kerana hanya cara itu yang dapat menangkis serangan entiti ke atas pemikiran mereka. Mereka terlalu banyak dimomokkan dengan pelbagai cerita hantu semenjak kecil," katanya.

Dalam pada itu, Nor Azizan turut dibantu dua pakar terapi dan psikoterapi dari Aura Syifa Indonesia iaitu Rahmat Setiawan, 49, dan Bidi Ardi, 33, yang memulakan kerja pemulihan semalam.

"Kita terlebih dahulu menenangkan pelajar sebelum membantu mereka menguatkan minda dalam menangkis gangguan.

"Pelajar tidak akan diganggu atau dirasuk sekiranya mereka mampu mempertahankan minda mereka daripada 'dirampas' entiti. Cara ini sudah lama diamalkan dan ia selamat," kata- nya.

Dalam perkembangan yang sama, tinjauan semalam juga mendapati, empat pelajar SMK Tanjung Lumpur diserang histe- ria, manakala seorang lagi bekas pelajar sekolah tersebut yang ditukarkan ke SMK Sungai Soi turut mengalami masalah serupa.

Menurut sumber sekolah terbabit, kejadian berlaku seawal bermulanya sesi persekolahan pada pukul 8 pagi di mana empat mangsa terbabit dilihat meracau sambil ketawa sewaktu perhimpunan pagi.

"Mereka kemudiannya dibawa ke surau sebelum pakar terapi dari Selangor datang memulakan kerja pemulihan pada pukul 9 pagi.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
Back to top Go down
http://crescentstuff.blogspot.com/
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Pelajar sekolah diserang histeria Empty
PostSubject: Re: Pelajar sekolah diserang histeria   Pelajar sekolah diserang histeria Icon_minitimeSat Oct 11, 2008 7:45 pm

kesian dorang nih...

macam2 bomoh da datang..tp ada lagi gangguan tu
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
Sponsored content





Pelajar sekolah diserang histeria Empty
PostSubject: Re: Pelajar sekolah diserang histeria   Pelajar sekolah diserang histeria Icon_minitime

Back to top Go down
 
Pelajar sekolah diserang histeria
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ramai sokong rombakan subjek sekolah rendah
» 35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Hobi, Hiburan dan Kehidupan :: Babak Seram, Menakutkan, Ganas dan Tragedi-
Jump to: