Portal v2HomeFAQSearchMemberlistMemberlistRegisterLog in

Share | 
 

 Duduk Lama boleh Membawa Maut.

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 29
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

PostSubject: Duduk Lama boleh Membawa Maut.   Sun Aug 03, 2008 5:44 pm

WELLINGTON: Pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing meletakkan nyawa mereka pada risiko tinggi, kata penyelidik.


Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand mendapati mereka berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku yang boleh membawa maut.

Penyelidik mendapat satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau pembekuan darah, adalah pekerja pejabat yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Kajian akan disiarkan dalam New Zealand Medical Journal.

DVT ialah pembentukan darah beku dalam pembunuh darah vena, terutama di kaki.

Pembekuan boleh merebak ke hati, paru-paru atau otak, menyebabkan sakit dada, sesak nafas dan kemungkinan maut disebabkan serangan jantung atau angin ahmar.

Keadaan itu juga digelar sebagai 'sindrom kelas ekonomi' kerana penumpang yang duduk dalam penerbangan jarak jauh tanpa ruang untuk meregangkan badan, dianggap paling berisiko menghadapi masalah itu.

Penyelidik New Zealand memeriksa contoh 62 pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan masalah darah beku, dan mendapati 34 peratus daripadanya duduk di meja mereka untuk jangka waktu lama.

Sebagai perbandingan, 21 peratus baru-baru ini menaiki penerbangan jarak jauh. Bagaimanapun, penyelidik menerima bahawa lebih ramai duduk di meja mereka dalam jangka panjang berbanding berada dalam penerbangan jarak jauh.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley, berkata sebahagian pekerja pejabat yang menghidap masalah itu duduk di depan skrin di meja mereka selama 14 jam sehari.

"Sebahagian daripada mereka duduk berterusan selama tiga atau empat jam pada satu-satu masa tanpa bangun langsung," katanya.

Profesor Beasley berkata, masalah ialah yang paling biasa dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Pakar Psikologi dan Kesihatan Universiti Lancaster, Profesor Cary Cooper, berkata dia tidak terperanjat dengan penemuan itu.

Katanya, orang ramai bekerja lebih lama berbanding sebelum ini, dan selalunya tidak menikmati rehat makan tengah hari dengan sempurna, sebaliknya cuma mengambil sandwic sambil melayan emel.

"Pekerja pejabat tidak bangun dan berjalan seperti yang mereka pernah lakukan," katanya.

DVT menjejaskan kira-kira 100,000 orang dan membunuh sehingga 1,000 pesakit di Britain setiap tahun. Agensi

_________________
Back to top Go down
View user profile http://ipgm-community.forumotion.org
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 29
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

PostSubject: Re: Duduk Lama boleh Membawa Maut.   Tue Aug 05, 2008 5:18 pm

jadi..bersenam la kalo dh lame sgt duduk..
hee~
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/paan1904
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 29
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

PostSubject: Re: Duduk Lama boleh Membawa Maut.   Thu Aug 07, 2008 4:15 am

alaa..x yah gi jejauh..
kat singapore pon da ade kes yg smp membawa maut..
org tu dok depan kompiter lame sgt..
smp meninggal..isk3
Back to top Go down
View user profile http://crescentstuff.blogspot.com/
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 29
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

PostSubject: Re: Duduk Lama boleh Membawa Maut.   Thu Aug 07, 2008 4:20 am

itu namenye computerholic...hehe..pepandai je aku wat bahasa sendiri...hehe...tapi mmg la..ble kita duduk je...darah dah bleh nak recycle ke seluruh badan..n ada yang darah tak sampai kat certain2 sel...so ble dah lama tak dpat oksigen sel2 akan mati...

_________________
Back to top Go down
View user profile http://ipgm-community.forumotion.org
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 29
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

PostSubject: Re: Duduk Lama boleh Membawa Maut.   Thu Aug 07, 2008 4:22 am

hehe 2 sbb aku taruk air masak kat tepi kompiter..
rase2 xpat oksigen..
aku minum..hehe

tapi aku xde le dok lame2 depan kompiter..
gile laa klo camtu.
aku pon enjoy life gak.,.hehe
Back to top Go down
View user profile http://crescentstuff.blogspot.com/
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 29
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

PostSubject: Re: Duduk Lama boleh Membawa Maut.   Thu Aug 07, 2008 4:36 am

aku pun taruk air gak...2 botol lagi..klu aku tak lepak depan com pasti 2 botol ni lambat nak abes..hehe..tapi 2 la..ble byk minum byk yang kuar..hehe...

aku kekadng excersice kat bilik je...petang2 skang ni duk kawad hari kemerdekaan...hurmm...

_________________
Back to top Go down
View user profile http://ipgm-community.forumotion.org
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 29
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

PostSubject: Re: Duduk Lama boleh Membawa Maut.   Thu Aug 07, 2008 4:38 am

Gelak:..ok wad minum air byk yg kuar..
kurang2 excersice gi toilet..wahahaha Laughing
Back to top Go down
View user profile http://crescentstuff.blogspot.com/
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 29
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

PostSubject: Re: Duduk Lama boleh Membawa Maut.   Thu Aug 07, 2008 4:42 am

hehe...byk la ko...Gelak:...

buhsan kekadang duk depan pc jer..Gelak:..

_________________
Back to top Go down
View user profile http://ipgm-community.forumotion.org
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 29
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

PostSubject: Re: Duduk Lama boleh Membawa Maut.   Thu Aug 07, 2008 4:44 am

tapi jgn diamalkan selalu dok lame2 nih..
leh kesemutan kaki dibuatnye..
hehe
Back to top Go down
View user profile http://crescentstuff.blogspot.com/
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 29
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

PostSubject: Re: Duduk Lama boleh Membawa Maut.   Thu Sep 11, 2008 4:29 pm

yg tu btol..dok lama2 dpn lptop..bgun je kaki sesemut...huhu~
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/paan1904
Sponsored content




PostSubject: Re: Duduk Lama boleh Membawa Maut.   Today at 7:32 pm

Back to top Go down
 
Duduk Lama boleh Membawa Maut.
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Pengetahuan Am-
Jump to: