Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Portal v2HomeSearchLatest imagesMemberlistRegisterLog in

 

 Ibuku Seorang Pembohong

Go down 
+3
kayhebat
paan1904
Mr. Admin
7 posters
AuthorMessage
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Ibuku Seorang Pembohong Empty
PostSubject: Ibuku Seorang Pembohong   Ibuku Seorang Pembohong Icon_minitimeSun Aug 03, 2008 6:02 pm

Ibuku Seorang Pembohong.....

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar."

PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.

Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..

Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan."

PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari Sleep. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah Sleep nak, ibu belum mengantuk lagi."

PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.

Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!"

PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.

Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki."

PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit."

PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang."

PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit."

PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
paan1904


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 36
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

Ibuku Seorang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibuku Seorang Pembohong   Ibuku Seorang Pembohong Icon_minitimeTue Aug 05, 2008 5:09 pm

cedey~

sayangilah ibu anda..
ucaplah yg anda sayangkan dia...~
Back to top Go down
http://www.friendster.com/paan1904
kayhebat
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM
kayhebat


Male Post : 779
Birthday : 10/11/1987
Age : 36
IPGM : IPPP
Course : PJ Major,English Minor
Batch : Julai 2005
Registered : 09/07/2008

Ibuku Seorang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibuku Seorang Pembohong   Ibuku Seorang Pembohong Icon_minitimeTue Aug 05, 2008 8:40 pm

Sad Sad Sad
Back to top Go down
http://kayhebat.blogspot.com
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
paan1904


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 36
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

Ibuku Seorang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibuku Seorang Pembohong   Ibuku Seorang Pembohong Icon_minitimeTue Aug 05, 2008 11:26 pm

alo~kay...
Back to top Go down
http://www.friendster.com/paan1904
misskobis
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM
misskobis


Female Post : 545
Birthday : 01/11/1986
Age : 37
IPGM : IPDA
Course : PISMP- IPGM (Science)
Batch : Januari 2007
Registered : 13/06/2008

Ibuku Seorang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibuku Seorang Pembohong   Ibuku Seorang Pembohong Icon_minitimeTue Aug 05, 2008 11:56 pm

waa....ingt kt mak Crying or Very sad

xsabar nk balikkkkkkk................
Back to top Go down
CraZyGhOst
Perdana Menteri
Perdana Menteri
CraZyGhOst


Male Post : 293
Birthday : 02/05/1986
Age : 37
IPGM : Perlis
Course : Physical Education
Batch : Julai 2004
Registered : 15/06/2008

Ibuku Seorang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibuku Seorang Pembohong   Ibuku Seorang Pembohong Icon_minitimeThu Aug 07, 2008 12:02 am

acmay ini true story dari ko ke org lain???
Back to top Go down
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Ibuku Seorang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibuku Seorang Pembohong   Ibuku Seorang Pembohong Icon_minitimeThu Aug 07, 2008 1:16 am

ini story je la crazyghost...tapi cube korang pikir2 balik ader tak mak2 korang berbohong bende 2...hehe
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
crescent


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 36
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

Ibuku Seorang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibuku Seorang Pembohong   Ibuku Seorang Pembohong Icon_minitimeThu Aug 07, 2008 3:51 am

waaaa T_____T cedey2
Back to top Go down
http://crescentstuff.blogspot.com/
CraZyGhOst
Perdana Menteri
Perdana Menteri
CraZyGhOst


Male Post : 293
Birthday : 02/05/1986
Age : 37
IPGM : Perlis
Course : Physical Education
Batch : Julai 2004
Registered : 15/06/2008

Ibuku Seorang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibuku Seorang Pembohong   Ibuku Seorang Pembohong Icon_minitimeFri Aug 08, 2008 9:06 am

yup, mengikut naluri ibu untuk melindungi anak-anaknya, mereka boleh melakukan apa sahaja sehingga membunuh apa sahaja yang mengancam anak mereka, oleh itu membohong kepada anak-anak adalah perkara yang terpaksa mereka lakukan
Back to top Go down
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
crescent


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 36
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

Ibuku Seorang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibuku Seorang Pembohong   Ibuku Seorang Pembohong Icon_minitimeFri Aug 08, 2008 2:53 pm

tol2..sbb 2 laa kite lebey sayang ibu kan? cian kat bapa2 sekalian..hahaha Laughing
Back to top Go down
http://crescentstuff.blogspot.com/
kayhebat
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM
kayhebat


Male Post : 779
Birthday : 10/11/1987
Age : 36
IPGM : IPPP
Course : PJ Major,English Minor
Batch : Julai 2005
Registered : 09/07/2008

Ibuku Seorang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibuku Seorang Pembohong   Ibuku Seorang Pembohong Icon_minitimeFri Aug 08, 2008 3:05 pm

takper...bape2 ne rilek jer...tp ade jgk ibu yg hampeh...bape nye yg bgus...hhehehehe
Back to top Go down
http://kayhebat.blogspot.com
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Ibuku Seorang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibuku Seorang Pembohong   Ibuku Seorang Pembohong Icon_minitimeFri Aug 08, 2008 3:11 pm

hehe..2 no komen...tapi klu anak2 yg rapat ngan didikan ibu bapa kan lebih bek dari yang terbiar tak tentu hala...Love my Mom so MuCh...
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
kayhebat
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM
kayhebat


Male Post : 779
Birthday : 10/11/1987
Age : 36
IPGM : IPPP
Course : PJ Major,English Minor
Batch : Julai 2005
Registered : 09/07/2008

Ibuku Seorang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibuku Seorang Pembohong   Ibuku Seorang Pembohong Icon_minitimeFri Aug 08, 2008 3:21 pm

same goEs 2 mE!!!
Back to top Go down
http://kayhebat.blogspot.com
hana husein
Budak Tadika
Budak Tadika
hana husein


Female Post : 18
Birthday : 11/08/1989
Age : 34
IPGM : ipKT
Course : ppismp bm/pj/ks
Batch : julai 2008
Registered : 04/11/2008

Ibuku Seorang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibuku Seorang Pembohong   Ibuku Seorang Pembohong Icon_minitimeSun Nov 23, 2008 11:22 pm

huhuhuhu....sdih pulak...mak........
Back to top Go down
Sponsored content





Ibuku Seorang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibuku Seorang Pembohong   Ibuku Seorang Pembohong Icon_minitime

Back to top Go down
 
Ibuku Seorang Pembohong
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Benarkah anda seorang penggemar kangkung??
» Benarkah anda seorang penggemar kangkung??
» Pelancong Australia ngan seorang dewasa

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Pengetahuan Am-
Jump to: