Portal v2HomeFAQSearchMemberlistMemberlistRegisterLog in

Share | 
 

 Mengetahui Personaliti Melalui Binatang..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 29
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

PostSubject: Mengetahui Personaliti Melalui Binatang..   Mon Aug 04, 2008 5:46 pm



Jan 01-09 ~ Anjing
Jan 10-24 ~ Tikus
Jan 25-31 ~ Singa


Feb 01-05 ~ Kucing
Feb 06-14 ~ Merpati
Feb 15-21 ~ Kura2
Feb 22-28 ~ Harimau Bintang


Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing


April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura2


Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa


Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura2
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing


Jul 01-09 ~ Tikus
Jul 10-15 ~ Anjing
Jul 16-26 ~ Merpati
Jul 27-31 ~ Kucing


Ogos 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura2


Sept 01-14 ~ Merpati
Sept 15-27 ~ Kucing
Sept 28-30 ~ Anjing


Okt 01-15 ~ Monyet
Okt 16-27 ~ Kura-kura
Okt 28-31 ~ Harimau Bintang


Nov 01-16 ~ Singa
Nov 17-30 ~ Kucing


Dis 01-16 ~ Anjing
Dis 17-25 ~ Monyet
Dis 26-31 ~ Merpati

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anjing:

Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.



Tikus:


Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.



Singa:


Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.



Kucing:


Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak berso tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.



Kura-kura:


Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.


Merpati:


Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!


Harimau Bintang:


Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm... kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.



Monyet:

Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

_________________
Back to top Go down
View user profile http://ipgm-community.forumotion.org
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 29
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

PostSubject: Re: Mengetahui Personaliti Melalui Binatang..   Mon Aug 04, 2008 7:34 pm

aku...tikus...hu!cam berjodoh plak..aduss!!
dia..harimau bintang...
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/paan1904
kayhebat
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM


Male Post : 779
Birthday : 10/11/1987
Age : 29
IPGM : IPPP
Course : PJ Major,English Minor
Batch : Julai 2005
Registered : 09/07/2008

PostSubject: Re: Mengetahui Personaliti Melalui Binatang..   Mon Aug 04, 2008 8:27 pm

aKu sinGa...mudah diPermainkan???mcm tak btol jer Question
Back to top Go down
View user profile http://kayhebat.blogspot.com
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 29
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

PostSubject: Re: Mengetahui Personaliti Melalui Binatang..   Mon Aug 04, 2008 8:36 pm

aku tikus...tapi tak banyak tipu muslihat..Gelak:

_________________
Back to top Go down
View user profile http://ipgm-community.forumotion.org
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 29
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

PostSubject: Re: Mengetahui Personaliti Melalui Binatang..   Mon Aug 04, 2008 8:39 pm

a'ah la acimet...
bila masa plak aku ni byk tipu muslihat..??
kalo pekena org tu kira tipu muslihat jugak eh..??
confused
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/paan1904
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 29
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

PostSubject: Re: Mengetahui Personaliti Melalui Binatang..   Sat Aug 09, 2008 7:09 pm

aku singa? ngaUmm~ meow..hahhaha
Back to top Go down
View user profile http://crescentstuff.blogspot.com/
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 29
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

PostSubject: Re: Mengetahui Personaliti Melalui Binatang..   Wed Aug 20, 2008 2:41 pm

aikk...singa meow..??
Gelak:
singa jinak nih..
Gelak:
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/paan1904
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 29
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

PostSubject: Re: Mengetahui Personaliti Melalui Binatang..   Fri Sep 05, 2008 3:48 pm

Gelak:..singa ni pantang dicabar..so mengaum le~
bile dia pendiam..dia meow..Gelak:..
Back to top Go down
View user profile http://crescentstuff.blogspot.com/
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 29
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

PostSubject: Re: Mengetahui Personaliti Melalui Binatang..   Thu Sep 11, 2008 7:33 pm

ooo..begitu rupanya..
hee~
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/paan1904
Sponsored content




PostSubject: Re: Mengetahui Personaliti Melalui Binatang..   Today at 1:44 pm

Back to top Go down
 
Mengetahui Personaliti Melalui Binatang..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Pengetahuan Am-
Jump to: