Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Portal v2HomeSearchLatest imagesMemberlistRegisterLog in

 

 Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan

Go down 
+4
sapix
kudabesi87
Putra_Aiman
Mr. Admin
8 posters
AuthorMessage
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitimeThu Jun 19, 2008 1:53 pm

“APABILA disebut bekam, perkara pertama terlintas di fikiran kita ialah kaedah perubatan kuno di kaki lima dengan pelanggan dalam keadaan duduk dan beberapa bahagian tertentu badannya diletakkan alat penyedut darah kotor.

Keadaan tidak selesa dan diragui kebersihannya itu menimbulkan rasa takut, walaupun bekam sebenarnya kaedah perubatan yang disunatkan mengikut agama Islam dan menjadi sunnah Rasulullah SAW.

Menyedari hakikat itu, seorang mualaf, Dr Helena Abdullah, 65, yang tertarik dengan kaedah perubatan itu menubuhkan pusat perubatan khas untuk aktiviti bekam dikenali sebagai ‘AkuBekam’ (Akupuntur Bekam) yang kini mempunyai empat cawangan di seluruh negara.

“Sebagai pengamal perubatan moden, saya tertarik dengan amalan bekam. Mengapa amalan ini dituntut sehingga disunatkan di dalam Islam, sedangkan banyak kaedah perubatan lain dipraktikkan sekarang?

“Malah, kelebihan bekam dapat dilihat dalam hadis qudsi diriwayatkan oleh Al-Tarmizi yang menyatakan, ketika Nabi Muhammad perjalanan Israk dan Mikraj, baginda menemui malaikat yang menyuruh baginda mengarahkan umatnya menggunakan bekam untuk berubat.

“Baginda juga diriwayatkan mengamalkan cara berbekam di atas kepala dan antara dua bahu, yang membuktikan bekam sebenarnya ada kepentingan besar kepada kesihatan,” katanya.

Beliau yang menjelaskan secara mendalam mengenai bekam berkata, ia adalah kaedah membersihkan darah mengandungi toksik yang dikeluarkan dari tubuh melalui kulit.

“Seperti disenaraikan, ada 51 tempat untuk rawatan pengeluaran darah dan setiap tempat boleh mengaitkan empat atau lima tempat lain dan semuanya berhubungan dengan titik akupuntur.

“Sebelum ini saya mempelajari cara akupuntur selama dua tahun, tetapi saya dapati bekam lebih berkesan. Namun, akupuntur juga ada kebaikan tersendiri, lalu saya gabungkan kedua-dua rawatan ini menjadi bekam cara moden, tetapi tidak lari daripada konsep asal yang dituntut Islam,” katanya.

Dr Helena berkata, penggunaan teknik moden dan bersih membolehkan badan manusia menghindari bahan buangan bertoksik dalam darah tanpa mengganggu pengedaran darah dalam badan.

Beliau berkata, bekam yang diperkenalkannya selamat diamalkan, tidak sakit dan tidak berbahaya, tetapi berkesan untuk berubat dan mencegah penyakit.

“Mengamalkan dengan lebih kerap boleh mengeluarkan bahan buangan bertoksik dalam saluran darah, otot dan bawah kulit.

“Pada masa singkat, cara ini memperbaiki dan menjadikan pergerakan badan lebih sihat tanpa rasa kurang selesa dan menjadi sistem pencegahan yang sangat diperlukan hari ini,” katanya yang berpengalaman 27 tahun sebagai jururawat bertauliah, termasuk menjalani kursus kejururawatan di Australia.

Berikutan rasa cinta mendalam terhadap perubatan alternatif, terutama bekam, beliau yang berasal dari Pulau Pinang melanjutkan pelajaran dalam bidang rawatan tradisional di Universiti Terbuka Sri Langka sebelum membuka AkuBekam.

Dr Helena berkata, antara penyakit yang berkesan dirawat dengan menjalani bekam ialah sakit belakang, pening dan sakit kepala, leher, tiada selera makan, kecederaan, sukar bernafas, sakit dada, kepanasan, mengantuk dan tekanan.

“Sebelum perkembangan sains perubatan moden, umat Islam menggunakan bekam sebagai kaedah utama mengeluarkan darah kotor yang bertoksik yang juga punca semua masalah kesihatan. Namun, kini mereka lebih suka memakan ubatan.

“Saya tidak salahkan mereka kerana bekam tidak dikembangkan secara profesional. Kita cuba mencegah penyakit, tetapi jika berasa was was dan bimbang, lebih baik kita tidak melakukannya,” katanya.

Dr Helena berkata, kehadiran AkuBekam adalah alternatif kepada orang ramai, terutama umat Islam, untuk menjalankan perubatan yang disunnahkan Rasulullah dalam keadaan hati tenteram dan tidak bimbang dijangkiti virus berbahaya.

“Inilah perubatan Islam yang tidak diketahui Barat dan dunia perubatan moden. Adalah menyedihkan apabila mendapati umat Islam menjauhi perubatan ini kerana faktor keadaan.

“Saya ingin menggilap kembali zaman kegemilangannya dan atas niat itulah saya menubuhkan AkuBekam,” katanya.

Dr Helena berkata, AkuBekam cuba mengangkat semula imej perubatan Islam itu dengan menawarkan khidmat lima bintang pada harga berpatutan.

“Kita menggunakan teknologi terkini dengan tiada kesan torehan selepas beberapa hari berbekam. Kita juga menyediakan persekitaran selesa bagi menghilangkan tekanan dan rasa takut.

“Lebih penting ialah peralatan digunakan akan menjalani proses pembunuhan kuman dan pensterilan ketat selepas digunakan. Kita memberi jaminan peralatan digunakan bersih dan bebas daripada virus berbahaya sepetri HIV, Aids dan Hepatitis,” katanya.

AkuBekam kini mempunyai cawangan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur; Dataran Palma, Ampang; Sri Dagangan, Kuantan dan Taman Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah. Cawangan terbaru di Johor Bahru akan dibuka bulan depan.
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
Putra_Aiman
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM
Putra_Aiman


Male Post : 634
Birthday : 24/05/1988
Age : 35
IPGM : IP Tuanku Bainun
Course : Pengajian Melayu
Batch : 2008
Registered : 21/06/2008

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Re: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitimeSat Jun 28, 2008 11:43 pm

mau terai bekam lintah??ada berani??

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Ru_01.5
Back to top Go down
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Re: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitimeSun Jun 29, 2008 11:51 pm

kaedah ni mat saleh pun pakai.. Laughing
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
sapix
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
sapix


Male Post : 203
Birthday : 17/08/1986
Age : 37
IPGM : IPBA
Course : KS/BI
Batch : Julai 2005
Registered : 29/06/2008

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Re: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitimeMon Jun 30, 2008 12:06 am

x sakit ke bekam?
Back to top Go down
http://sangkunang.blogspot.com/
Putra_Aiman
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM
Putra_Aiman


Male Post : 634
Birthday : 24/05/1988
Age : 35
IPGM : IP Tuanku Bainun
Course : Pengajian Melayu
Batch : 2008
Registered : 21/06/2008

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Re: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitimeMon Jun 30, 2008 2:50 am

dak...ghasa mcm hg kena isap ngan dracula...huhu
Back to top Go down
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Re: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitimeMon Jun 30, 2008 3:49 am

sebenar bekam ngan lintah lebih baik n ramai yang takut kene sedut darah ngan lintah ni... Disebalik kebaikannya lintah hanya menyedut darah-darah kotor yang ada dalam badan..
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
sitimanis
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
sitimanis


Female Post : 231
Birthday : 10/08/1987
Age : 36
IPGM : IPDA
Course : PISMP MT
Batch : jan 2007
Registered : 05/07/2008

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Re: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitimeTue Jul 08, 2008 11:19 pm

kt tmpat aku ni pun pakat dok bekam...

dh jd cam ternd plak...

kalo tgk pala bdk laki 2 3 org...

da bulat... bekas bekam...

huhuh... senang r pasni kalo nk bezakan bdk ipda, dengan polimas or permintex, tgk kpala ja...

hak3
Back to top Go down
mat tembak
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
mat tembak


Male Post : 383
Birthday : 31/03/1987
Age : 37
IPGM : i3p
Course : mt
Batch : julai05
Registered : 30/06/2008

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Re: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitimeThu Jul 10, 2008 6:37 pm

aku bekam kat paksu kawan aku...
harga promosi...
rakan2 ku sntiasa mmberi sokongan ktika itu...
oh!! tidak sakit lgsung...
yg penting bekam x sakit nak bnding kna TEMBAK!!!!Gelak:
Back to top Go down
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Re: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitimeThu Jul 10, 2008 8:06 pm

mat tembak ni tak abes nak menembak je...mentang2 la baru tukar username jadi mat tembak...hehehe


klu nak lebih berkaitan bekam ni leh la ty kat mat tembak ni...
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
nadiha
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
nadiha


Female Post : 164
Birthday : 23/10/1987
Age : 36
IPGM : ipba
Course : pismp
Batch : julai 2005
Registered : 08/07/2008

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Re: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitimeThu Jul 10, 2008 9:01 pm

Putra_Aiman wrote:
mau terai bekam lintah??ada berani??

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Ru_01.5


eiiiiiii.....
meremang aku tgk org ni bekam ngan lintah..
Back to top Go down
sitimanis
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
sitimanis


Female Post : 231
Birthday : 10/08/1987
Age : 36
IPGM : IPDA
Course : PISMP MT
Batch : jan 2007
Registered : 05/07/2008

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Re: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitimeThu Jul 10, 2008 9:48 pm

ish geli aku tgk bekam dgn lintah....

tringat plak citer anaconda....

eeeyeeekkk...
Back to top Go down
nadiha
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
nadiha


Female Post : 164
Birthday : 23/10/1987
Age : 36
IPGM : ipba
Course : pismp
Batch : julai 2005
Registered : 08/07/2008

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Re: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitimeThu Jul 10, 2008 10:08 pm

tau xpe...
dh la kt tengkuk
eiii..
Back to top Go down
sitimanis
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
sitimanis


Female Post : 231
Birthday : 10/08/1987
Age : 36
IPGM : IPDA
Course : PISMP MT
Batch : jan 2007
Registered : 05/07/2008

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Re: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitimeSat Jul 12, 2008 11:10 am

smuga lintah tu kenyang...
Back to top Go down
Putra_Aiman
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM
Putra_Aiman


Male Post : 634
Birthday : 24/05/1988
Age : 35
IPGM : IP Tuanku Bainun
Course : Pengajian Melayu
Batch : 2008
Registered : 21/06/2008

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Re: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitimeSat Jul 12, 2008 7:20 pm

sitimanis wrote:
ish geli aku tgk bekam dgn lintah....

tringat plak citer anaconda....

eeeyeeekkk...

paa laa ang ni...beza dia mcm syiling 1 sen ngan duit retas 50..
Back to top Go down
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
crescent


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 36
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Re: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitimeSat Jul 12, 2008 9:16 pm

eiii..tetibe teringat kisah lintah masok perot tu..sampai beranak pinak dlm prot
Back to top Go down
http://crescentstuff.blogspot.com/
Putra_Aiman
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM
Putra_Aiman


Male Post : 634
Birthday : 24/05/1988
Age : 35
IPGM : IP Tuanku Bainun
Course : Pengajian Melayu
Batch : 2008
Registered : 21/06/2008

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Re: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitimeSat Jul 12, 2008 9:42 pm

crescent wrote:
eiii..tetibe teringat kisah lintah masok perot tu..sampai beranak pinak dlm prot

lintah sure lemas kalau masuk perut ang...
Back to top Go down
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
crescent


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 36
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Re: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitimeSat Jul 12, 2008 9:43 pm

awat lak? hahaha
Back to top Go down
http://crescentstuff.blogspot.com/
mat tembak
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
mat tembak


Male Post : 383
Birthday : 31/03/1987
Age : 37
IPGM : i3p
Course : mt
Batch : julai05
Registered : 30/06/2008

Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Re: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitimeSun Aug 10, 2008 5:44 pm

prut pnuh ayaq...
lmas la dia...
Back to top Go down
Sponsored content





Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Empty
PostSubject: Re: Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan   Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan Icon_minitime

Back to top Go down
 
Bekam - Kaedah Rawatan Berkesan
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Kesihatan dan Keluarga-
Jump to: