Portal v2HomeFAQSearchMemberlistMemberlistRegisterLog in

Share | 
 

 FAKTA-FAKTA MENGENAI PENYAKIT CHIKUNGUNYA

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
avatar

Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 30
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

PostSubject: FAKTA-FAKTA MENGENAI PENYAKIT CHIKUNGUNYA   Fri Aug 08, 2008 7:55 pm

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

Demam panas mengejut

Sakit teruk pada sendi

Ruam pada badan

Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?


Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya


Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

11. Situasi semasa penyakit Chikungunya di seluruh negara


Sila rujuk kenyataan akhbar.

12.Tindakan Kementerian Kesihatan

Langkah langkah kawalan yang telah diambil:

Pengesanan kes secara aktif

Melakukan kajian Aedes

Semburan kabus dan ULV

Aktiviti gotong-royong bersama masyarakat setempat

Aktiviti promosi kesihatan Kejadian penyakit ini adalah terkawal dan terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Bilik GerakanBahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan MalaysiaAras 3, Blok E10, Parcel E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62590 PutrajayaNo.

Tel. : 03-8881 0600 / 03-8881 0700

Laman web: www.moh.gov.my

PATUHILAH ARAHAN YANG DIBERI OLEH ANGGOTA KESIHATAN



Disediakan oleh:Bahagian Kawalan Penyakit,Kementerian Kesihatan Malaysia
Back to top Go down
View user profile http://crescentstuff.blogspot.com/
 
FAKTA-FAKTA MENGENAI PENYAKIT CHIKUNGUNYA
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Kesihatan dan Keluarga-
Jump to: