Portal v2HomeFAQSearchMemberlistMemberlistRegisterLog in

Share | 
 

 Punca Graduan Gagal Temuduga / Interview

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 29
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

PostSubject: Punca Graduan Gagal Temuduga / Interview   Fri Aug 08, 2008 8:41 pm

KETUA Eksekutif Proton Berhad Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata, antara punca graduan tempatan gagal dalam temuduga kerja di syarikat-syarikat swasta ialah kerana kegagalan mereka menyakinkan penemuduga mengenai kelebihan yang ada pada diri masing-masing.

Menurut beliau, walaupun graduan mempunyai keputusan cemerlang tetapi mereka tidak mampu berhujah mahu pun mengeluarkan pemikiran yang bernas mengenai pelbagai isu.

Katanya, selain sukar menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, cara berkomunikasi graduan-graduan tempatan juga tidak menyakinkan syarikat-syarikat terlibat.

"Cara mereka memberi penjelasan menunjukkan pengetahuan mereka terbatas kepada sesuatu perkara dan gagal memberi jawapan yang menarik mengenai sumbangan mereka terhadap syarikat yang dipohon,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan kertas kerja bertajuk Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan Pekerjaan Di Sektor Swasta pada Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Bangi, baru-baru ini.

Melalui pengalaman Proton Berhad menemuduga graduan tempatan pada tahun ini, kebanyakan mereka tambahnya, hanya melepasi temuduga tahap kedua sekali gus gagal memperoleh pekerjaan yang dipohon.

Sepanjang tahun ini graduan IPTA yang melepasi temuduga tahap kedua merupakan 68 peratus graduan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Sains Malaysia (USM-65 peratus), Universiti Multimedia (MMU-59 peratus), Universiti Teknologi Malaysia (UTM-48 peratus) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-19 peratus).

Bagaimana pun graduan tempatan yang berjaya dalam temuduga terakhir dan memperoleh pekerjaan yang dipohon di syarikat itu hanya sebanyak 59 orang daripada 209 calon berbanding 20 daripada 47 graduan luar negara yang memohon.

Katanya berdasarkan kekurangan yang ada itu, syarikat-syarikat swasta lebih berminat untuk mengambil graduan luar negara atau pekerja asing untuk bekerja dengan syarikat mereka.

"Di Proton sendiri kita mempunyai kekosongan kira-kira 1,000 jawatan jurutera kerana masalah tersebut,'' katanya.

Beliau menegaskan, graduan sekarang tidak boleh alpa dan mengambil mudah mengenai persaingan sengit hasil era globalisasi ini.

"Syarikat swasta mahu pun kerajaan sekarang tidak mahu pekerja-pekerja yang mengikut tabiat burung kakaktua, zaman ini pekerja bukan sahaja dinilai daripada sijil sahaja tetapi keterampilan mereka,'' katanya.

Menurut Tengku Mahaleel, graduan yang baik adalah mereka yang mendengar, bekerjasama dengan rakan yang lain, menghormati orang lain, berkeyakinan dalam apa juga situasi dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan.

Justeru itu katanya, dalam melahirkan graduan-graduan sedemikian pihak universiti mahu pun sekolah perlu mewujudkan tiga bidang kemahiran untuk para pelajar masing-masing iaitu kemahiran berat, ringan dan kompetitif.

Kemahiran berat berdasarkan penguasaan mereka dalam mata pelajaran matematik, sains, teknologi, ekonomi, perniagaan, geografi, pengetahuan am global dan lain-lain.

Manakala kemahiran ringan antaranya ialah kreativiti, inovasi, penguasaan pelbagai bahasa, komunikasi dan analitikal.

Kemahiran kompetitif perlu ialah bersemangat untuk mendapat keputusan kerja, prihatin terhadap ketelitian, bekerja berpasukan dan konsensus.

"Ketiga-tiga ini perlu ada pada seseorang graduan dalam menghadapi era globalisasi ini, tanpa salah satu daripadanya negara gagal menyertai persaingan dalam menghasilkan pasaran buruh yang berkualiti,'' katanya.

Namun begitu Tengku Mahaleel berkata, tidak semua graduan tempatan mempunyai sikap sedemikian kerana banyak yang kini telah menyedari persaingan yang wujud sekarang.

Cuma katanya, ilmu dan cara berkomunikasi oleh graduan tempatan masih tidak mencukupi untuk meletakkan mereka dalam persaingan itu.
Back to top Go down
View user profile http://crescentstuff.blogspot.com/
CraZyGhOst
Perdana Menteri
Perdana Menteri


Male Post : 293
Birthday : 02/05/1986
Age : 30
IPGM : Perlis
Course : Physical Education
Batch : Julai 2004
Registered : 15/06/2008

PostSubject: Re: Punca Graduan Gagal Temuduga / Interview   Thu Aug 21, 2008 12:13 pm

saya setuju, cara berkomunikasi merupakan aspek yang sangat penting semasa temuduga, masa itu la yg boleh menyakinkan para penemuduga...
kita jgn jadi mcm budak2 dlm iklan news straits times tu, "don't belok-belok" taraf pengajian hebat dah, ada yang sampai master's, tapi basic communication skill :00

andai kata kamu sekarang seorang daripada panel penemuduga, dapat calon macam itu, kamu nak ke ambil dia berkerja, sedangkan sekarang pun kamu x beberapa faham apa yang dia cuba sampaikan, kemudian apabila dah pun berkerja dengan kamu, kamu nak berkomunikasi dengan cara apa?? sign language??
Back to top Go down
View user profile
 
Punca Graduan Gagal Temuduga / Interview
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Pengetahuan Am-
Jump to: