Portal v2HomeFAQSearchMemberlistMemberlistRegisterLog in

Share | 
 

 RaGaM LeLaKi..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 29
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

PostSubject: RaGaM LeLaKi..   Sun Aug 10, 2008 4:09 am



Kenali Lelaki.. Kenali Ragam Mereka!

Tiap
orang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tipulah kalau ada
yang menafikannya. Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia utukk
menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single. Bukan apa, itupun
satu langkah berjaga-jaga.. takut tersalah pilih! Maklumlah, lelaki ni
banyak jenis dan spesisnya (sama macam perempuan juga)! Tersilap pilih,
merana badan. Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya
tapi perangai Tuhan saja yang tahu! Yang penting hati kita bahagia
bersamanya. Rupa tu, asal sedap mata kita memandang, cukuplah. Orang
lain tu, peduli apa! Kalau bahagia kita. Kalau derita pung kita yang
tanggung! Di bawah ini diberikan beberapa cara untuk mengenali jenis
lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!




Lelaki Bersemangat

Bagaimana mengenali mereka:

Personaliti
diri mereka dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya
mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan
kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang
lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan,
tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan
ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat penat
bekerja dan melakukan segalanya dengan begitu bersungguh-sungguh.


Maknanya:

Biarpun
mereka ini sering keletiha ntapi sebenarnya mereka ini seorang yang
sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi
kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma
sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang
keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya
seperti yang sepatutnbya! Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi
pendorongnya dalam kerjayanya itu.




Lelaki Takut Komitmen

Bagaimana mengenali mereka:

Dia
sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa
berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis
dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan
imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya
susah tentu terdiri daripada gadis-gadis. Mengalahkan VIP pulak tu!


Maknanya:

Sekiranya
dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak
boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini
dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia
seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang
sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan
mana-mana gadis buat masa itu.




Lelaki Anti Perempuan

Bagaimana mengenali mereka:

Perhatikan
corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar
mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan
kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri.


Maknanya:

Sebenarnya
mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih
suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki
seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa saja sekalipun tapi bila
dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu
ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi
sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!



Lelaki Playboy
Bagaimana mengenali mereka:



Selalunya
mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan uo to date. Biarpun
kadangkala mereka itu taklah begitu kacak dari segi paras rupa, tapi
penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang
romantis sekali. Kiranya pandai ayatlah ni! Mereka selalunya memiliki
kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali
mereka bercakap tentang keluarga mereka.


Maknanya:

Mungkin
mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga. Hanya
mementingkan keseronokan hidupsaja dan mustahil jika mereka inginkan
sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana
penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering
menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis
sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana
ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah
veteren!




Lelaki Tradisi

Bagaimana mengenali mereka:

Corak
pemakaian mereka selalunya sederhana sahaja, taklah terlalu kuno atau
up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti
kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatut soal kewangannya
dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.


Maknanya:

Bermakna
dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi dirinya, keluarga
adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang
bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.




Lelaki Korporat

Bagaimana mengenali mereka:

Selalunya
mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional.
Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup.
Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup.
Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak
merancang untuk membina keluarga dalam masa terdekat itu.


Maknanya:

Ternyata
mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab
itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan.
Biarpun romantis tapi kamu tetap akan menjadi kedua dalam hidup selepas
kerjaya.




Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/paan1904
 
RaGaM LeLaKi..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Kedai Kopi :: Men VS Woman-
Jump to: