Portal v2HomeFAQSearchMemberlistMemberlistRegisterLog in

Share | 
 

 Fakta Ringkas The United Kingdom

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 29
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

PostSubject: Fakta Ringkas The United Kingdom   Mon Aug 11, 2008 3:52 pm

* Ibu negara
* Kawasan
* Populasi
* Bahasa
* Rakyat
* Agama
* Kerajaan
* Profil Ekonomi
* Mata Wang
* Zon masa
* Iklim
* Cuti Utama UK 2008
* Berat & ukuran
* Kuasa Elektrik

The United Kingdom


UK terdiri daripada England, Scotland, Wales dan Ireland Utara,dan ialah sebuah daripada 25 ahli negeri-negeri Persatuan Eropah (EU).

Ibu negara

* London England
* Edinburgh Scotland
* Cardiff Wales
* Belfast Ireland Utara

Kawasan

Darat dan air: 152,033 batu persegi

Populasi

UK Lebih kurang 60.6 juta
(England 50,714,000; Wales 2,977,000; Scotland 5,108,000; Ireland Utara 1,733,000).


Bahasa

Dua bahasa rasmi di Britain adalah bahasa Inggeris dan Welsh, namun bahasa Inggeris digunakan dengan lebih meluas. Scottish Gaelic juga digunakan di beberapa tempat di Scotland.


Rakyat

Majoriti populasi merupakan bangsa Inggeris, Scot, Welsh, dan Irish. Namun, Britain adalah sebuah negara dengan budaya integrasi bangsa dan perpaduan yang teguh.


Agama

Kebanyakannya beragama Kristian (71%), walaupun agama-agama lain, termasuk Buddha, Hindu, Yahudi, Islam dan Sikh bebas diamalkan. Kira-kira 23% Britain tidak beragama.


Kerajaan

UK merupakan sebuah pemerintahan beraja berpelembagaan yang mewakili demokrasi, di mana Ratu Elizabeth II diiktiraf sebagai ketua negara, dan Perdana Menteri terpilih -- Tony Blair sebagai pemimpin kerajaan.


Profil Ekonomi

UK merupakan kuasa perniagaan dan pusat kewangan utama. Pertanian adalah industri yang penting dan sangat efisien. Tenaga kuasa utama, seperti batu arang dan minyak, merupakan penyumbang utama kepada ekonomi, tetapi perkhidmatan seperti perbankan dan insurans merupakan penyumbang yang terutama.


Mata Wang

Britain menggunakan pound sterling. Simbol Great British Pound (GBP) adalah .


Zon masa

* 29 Oktober 26 Mac: Masa Selaras Sedunia (UTC)
* 26 Mac 29 Oktober: UTC + 1


Iklim

Britain mempunyai iklim yang agak sederhana dan kadangkala mendung. Cuaca boleh berubah dengan banyak dari hari ke hari, tetapi amnya muzim panas (Jun-Ogos) mencapai kepanasan antara 14-30 C, dan musim sejuk (Disember-Februari) sejuknya antara 1-4 C.


Cuti Utama UK 2008

1 Januari, 2 Januari , 17 Mac, 21 Mac, 24 Mac - (England, Wales dan Ireland Utara), 5 Mei, 26 Mei, 14 Julai - (Ireland Utara sahaja), 4 Ogos - (Scotland sahaja), 25 Ogos (England, Wales dan Ireland Utara), 25 Disember, 26 Disember

>> Zon masa & cuti


Berat & ukuran

Sejak awal Britain menggunakan Sistem Imperial, tetapi peraturan baru mewajibkan penggunaan Sistem Metrik dengan pengecualian bagi beberapa perkara, contohnya jarak dan kelajuan diukur menggunakan batu dan batu sejam.


Kuasa Elektrik
Voltan adalah 240 volt AC pada 50HZ. Peralatan amnya menggunakan plug 3-pin empat segi dan soket elektrik standard.
Back to top Go down
View user profile http://crescentstuff.blogspot.com/
 
Fakta Ringkas The United Kingdom
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Saintifik dan Fakta-
Jump to: