Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Portal v2HomeSearchLatest imagesMemberlistRegisterLog in

 

 PENGHARAMAN DAGING HAIWAN LIAR - bukti penemuan

Go down 
3 posters
AuthorMessage
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
crescent


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 36
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

PENGHARAMAN DAGING HAIWAN LIAR - bukti penemuan Empty
PostSubject: PENGHARAMAN DAGING HAIWAN LIAR - bukti penemuan   PENGHARAMAN DAGING HAIWAN LIAR - bukti penemuan Icon_minitimeWed Aug 20, 2008 4:42 pm

Islam mengharamkan umatnya memakan daging binatang liar (bushmeat). Berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Nabi s.a.w bersabda:

. نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ كُلِّ ذِي نَابٍ مِنْ السِّبَاعِ

Maksudnya: "Nabi s.a.w melarang (umat Islam) memakan semua binatang buas yang bertaring dan burung yang memiliki kuku yang mencengkam.”


Ciri-Ciri Binatang Buas (as-Siba’)

Yang dimaksudkan dengan binatang buas yang bertaring adalah binatang-binatang yang menangkap binatang lain dan memakan bangkainya seperti singa, serigala, buaya dan seumpamanya. Yang dimaksudkan dengan burung yang memiliki kuku yang mencengkam adalah jenis-jenis burung yang mampu melukai haiwan lain dan memakan bangkai-bangkainya seperti burung helang dan rajawali.

Imam Syafi’e berpandangan bahawa as-siba’ yang diharamkan ialah yang menyerang manusia seperti singa, harimau dan serigala. Oleh itu dubuk dan musang adalah halal. Abu Hanifah pula berpendapat bahawa haiwan karnivor adalah as-sabu’ di antaranya: gajah, dubuk dan kucing. Semuanya haram disisinya.


Penemuan: Bahaya Makan Daging Haiwan Liar

Baru-baru ini di Afrika, satu kajian mendapati sejenis virus berbahaya terdapat pada binatang liar jenis primat (primates) seperti monyet, gorila, orang utan, cimpanzi dan seumpamanya. Kajian ini dijalankan berikutan penduduk-penduduk Afrika ghairah memburu dan memakan daging-daging haiwan jenis ini justeru memudahkan pembiakan dan penyebaran kuman ini.

Pada tahun 2002, jurnal perubatan terkenal, iaitu Journal of the American Medical Association (JAMA), memberi amaran monyet-monyet yang hidup di kawasan Cameroon mengandungi virus menyerupai virus penyakit AIDS. Virus ini dapat menjangkiti manusia yang memakan monyet-monyet ini. Pakar-pakar daripada Universiti Nottingham di UK, Universiti Alabama di Birmingham, Universiti Duke di Durham, Universiti Tulane di New Oreleans dan Universiti Montpelier di Perancis melaporkan kemungkinan besar wabak AIDS yang menyerang dunia hari ini berpunca daripada amalan memakan daging binatang liar ini.

Sebenarnya, haiwan-haiwan liar mengandungi pelbagai jenis kuman yang berbahaya. Pemakanan daging-dagingnya oleh manusia menyebabkan kuman-kuman itu membiak dan akhirnya menyerang manusia dengan pelbagai jenis penyakit baru. Hal ini dinyatakan oleh Bushmeat Crisis Task Force (BCTF) yang berpusat di Washington D.C., Amerika. Bagi mereka bahaya ini bukan lagi suatu andaian sebaliknya menjadi suatu kenyataan yang menggerunkan. Justeru, pengharaman daging haiwan liar oleh Islam memang saintifik dan relevan dengan kesejahteraan manusia sejagat pada hari ini.
Back to top Go down
http://crescentstuff.blogspot.com/
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
paan1904


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 36
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

PENGHARAMAN DAGING HAIWAN LIAR - bukti penemuan Empty
PostSubject: Re: PENGHARAMAN DAGING HAIWAN LIAR - bukti penemuan   PENGHARAMAN DAGING HAIWAN LIAR - bukti penemuan Icon_minitimeWed Aug 20, 2008 4:55 pm

makan je la makanan yg bleh dimakan..
yg gi carik yg liar2 ni bt pe...
ish..ish..manusia ni pun..
Back to top Go down
http://www.friendster.com/paan1904
Nurzahira
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
Nurzahira


Female Post : 2427
Birthday : 22/09/1987
Age : 36
IPGM : IPBA
Course : PISMP
Batch : Julai 2005
Registered : 03/07/2008

PENGHARAMAN DAGING HAIWAN LIAR - bukti penemuan Empty
PostSubject: Re: PENGHARAMAN DAGING HAIWAN LIAR - bukti penemuan   PENGHARAMAN DAGING HAIWAN LIAR - bukti penemuan Icon_minitimeWed Aug 20, 2008 9:23 pm

ntahnya...
pe la nk dirasanya mknn yg dh sah2 x leh mkn..
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/chekgusiti
Sponsored content





PENGHARAMAN DAGING HAIWAN LIAR - bukti penemuan Empty
PostSubject: Re: PENGHARAMAN DAGING HAIWAN LIAR - bukti penemuan   PENGHARAMAN DAGING HAIWAN LIAR - bukti penemuan Icon_minitime

Back to top Go down
 
PENGHARAMAN DAGING HAIWAN LIAR - bukti penemuan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» HIKMAH PENGHARAMAN ARAK - bukti penemuan
» KELEBIHAN HABBATUS SAwDA? - bukti penemuan
» Lalat - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya
» Berbekam - bukti penemuan ahli2 sains terhadap kebenarannya

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Saintifik dan Fakta-
Jump to: