Portal v2HomeFAQSearchMemberlistMemberlistRegisterLog in

Share | 
 

 KHASIAT MADU LEBAH

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 29
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

PostSubject: KHASIAT MADU LEBAH   Wed Aug 20, 2008 4:59 pm

Hadis ini adalah berkaitan dengan khasiat madu lebah. Terdapat banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan madu lebah, di antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mājjah.

مَنْ لَعِقَ الْعَسَلَ ثَلَاثَ غَدَوَاتٍ كُلَّ شَهْرٍ لَمْ يُصِبْهُ عَظِيمٌ مِنْ الْبَلَاءِ

Maksudnya: “ Sesiapa yang meminum madu lebah pada waktu pagi, tiga kali setiap bulan, dia tidak akan menghidapi penyakit berbahaya.”


Jenis Madu dan Keistimewaan Lebah

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Lebah atau nama saintifiknya Apis Mellifera di antara makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang dikenali lantaran madu yang dihasilkannya. Tanpa madu, lebah hanya dianggap sebagai binatang biasa, walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting. Masyarakat lebah amat dikenali sebagai satu kelompok masyarakat yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja. Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia.

Keistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah di dalam kitab-Nya al-Qur’an. Pengabadian ini dilakukan dengan menamakan satu surah dengan nama lebah, (Al-Nahl). Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah ini mengenai lebah dan khasiat yang terdapat dalam madu lebah.

Maksudnya:

“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang, dan pada pokok-pokok kayu, dan pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkan kepadamu” (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir.”
Al-Nahl (16): 68-69


Fakta Saintifik: Khasiat Madu Lebah

Madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.
Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China. Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya. Mengikut Dr. Peter Molan, seorang pakar biokimia dari unit Kajian Madu Lebah di Universiti Waikato, New Zealand, di antara kelebihan madu lebah adalah pHnya berada pada tahap yang menghalang pembiakan bakteria. Apabila ia dicairkan, salah satu enzim yang terdapat di dalamnya merangsang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai hydrogen peroxide. Kuasa antibakteria yang terdapat dalam madu lebah membolehkannya membunuh sejenis kuman yang berbahaya, iaitu, staphylococcus aureus.

Banyak lagi khasiat yang terdapat dalam madu lebah yang telah terbukti dengan kajian para doktor dan pakar seluruh dunia sehingga ia digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat. Di antara khasiat lain bagi madu lebah ialah:

i) digunakan sebagai ubat sakit perut
ii) menghilangkan ketagihan dadah
iii) menghilangkan kahak
iv) memutih dan menguatkan gigi
v) menghilangkan kesan terbakar pada kulit
vi) menguatkan badan, bagi yang berumur

Perihal madu lebah bukan sahaja terdapat dalam Quran dan Hadis, tetapi juga terdapat di dalam Bible.
Back to top Go down
View user profile http://crescentstuff.blogspot.com/
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 29
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

PostSubject: Re: KHASIAT MADU LEBAH   Wed Aug 20, 2008 5:01 pm

yup...madu lebah mmg byk kelebihannya...
tp xsemua org sesuai mkn madu lebah..
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/paan1904
Nurzahira
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 2427
Birthday : 22/09/1987
Age : 29
IPGM : IPBA
Course : PISMP
Batch : Julai 2005
Registered : 03/07/2008

PostSubject: Re: KHASIAT MADU LEBAH   Wed Aug 20, 2008 9:20 pm

btl ckp paan...

madu ni slalu juga digunaka dlm petua2 org dlu2...
slain sihat utk cntik juge...
Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/chekgusiti
miyuleen
Budak Tadika
Budak Tadika


Female Post : 23
Birthday : 04/03/1987
Age : 29
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE...sem4
Batch : JANUARI 2007
Registered : 14/06/2008

PostSubject: Re: KHASIAT MADU LEBAH   Mon Sep 08, 2008 7:15 pm

btl2...madu lebah amat2 lah berkhasiat...

sy pn ade beli madu lebah jgk
Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/narutoworld
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 29
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

PostSubject: Re: KHASIAT MADU LEBAH   Mon Sep 08, 2008 7:29 pm

tol..tapi aku pena makan yg btol2 pekat pny..adeh saket la tekak makan...hahaha
Back to top Go down
View user profile http://crescentstuff.blogspot.com/
Sponsored content




PostSubject: Re: KHASIAT MADU LEBAH   Today at 5:50 pm

Back to top Go down
 
KHASIAT MADU LEBAH
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Saintifik dan Fakta-
Jump to: