Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Portal v2HomeSearchLatest imagesMemberlistRegisterLog in

 

 Nyahtoksik dan pembersihan dalaman ketika berpuasa

Go down 
AuthorMessage
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
crescent


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 36
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

Nyahtoksik dan pembersihan dalaman ketika berpuasa Empty
PostSubject: Nyahtoksik dan pembersihan dalaman ketika berpuasa   Nyahtoksik dan pembersihan dalaman ketika berpuasa Icon_minitimeTue Aug 26, 2008 4:57 am

Utusan Malaysia
Isnin, 25/08/2008

Nyahtoksik dan pembersihan dalaman ketika berpuasa

APABILA Ramadan mendekati, ini merupakan peluang keemasan untuk membincangkan mengenai kelebihan yang boleh dimanfaatkan sepanjang bulan mulia ini.

Berpuasa dari segi jasmani atau menjauhi pengambilan makanan dan minuman, adalah jalan kepada berpuasa dalaman (rohani).

Apabila kedua-dua jenis puasa dilakukan bersama, hasil kesan ke atas jiwa kita adalah seperti "cahaya atas cahaya".

Apabila kita mematuhi ajaran berpuasa, amalan ini boleh meneguhkan jiwa dan batin kita dan keadaan jasmani yang lebih sihat.

Berpuasa merupakan satu tumpuan tempoh rehat fisiologi di mana badan boleh menumpukan mekanisme pemulihan kendiri iaitu memperbaiki dan menguatkan organ yang mengalami kerosakan.

Proses berpuasa juga membenarkan badan membersihkan sel daripada toksin dan bahan buangan yang terkumpul.

Berpuasa juga memberikan saluran penghadaman masa yang diperlukan untuk berehat sepenuhnya dan menguatkan lapisan mukosanya.

Satu lapisan mukosa usus yang sihat adalah amat perlu bagi mencegah kebocoran protein yang tidak terhadam dengan sempurna daripada masuk ke dalam sistem peredaran darah, dengan itu ia memberi perlindungan daripada keadaan (penyakit) autoimun.

Sesuatu saluran penghadaman yang sihat juga membantu dalam perlindungan kepada darah dan organ dalaman terhadap berbagai jenis toksin persekitaran dan metabolik.

Apa yang perlu dilakukan semasa sahur?

1. Minum air dengan banyak – ia dapat membantu untuk mengeluarkan toksin daripada badan. Adalah penting untuk anda, jika boleh, meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air (1 hingga 1.5 liter) sewaktu tempoh bersahur ini untuk penghidratan badan anda.
2. Makanlah makanan yang berlainan warna – buah-buahan dan sayuran kaya dengan serat, penuh dengan zat galian, vitamin dan kimia tumbuhan yang dikenali dengan fitonutrien yang boleh mencegah serta merawat penyakit. Kurangkan makanan bergoreng dan berminyak.
3. Ambillah minuman ‘hijau’ (Greens) yang bermutu tinggi setiap hari – pilihlah minuman "hijau" berkhasiat yang menyediakan pelbagai jenis makanan terbaik dan fitonutrien untuk membantu dalam proses nyahtoksik, membekalkan perlindungan antioksidan dan kesihatan serta meningkatkan tahap tenaga.

Berikut adalah senarai dan panduan bahan-bahan terbaik dari formulasi minuman ‘hijau’ "advanced formula" untuk nyahtoksik dan kesihatan:

* Asid alfa-lipoik (ALA) – berfungsi sebagai antioksidan larut air dan lemak, ALA bertindak secara bersinergi dengan vitamin C dan E; membantu dalam penghasilan glutation (sejenis antioksidan) dan menyumbang kepada keseluruhan keupayaan badan untuk meneutralkan kerosakan radikal bebas dan menggalakkan nyahtoksik.
* Bioflavonoid – sebahagian daripada vitamin C kompleks yang dijumpai dalam kulit buah sitrus dan buah-buahan serta sayur-sayuran lain, bioflavonoid meningkatkan aktiviti dan penyerapan vitamin C.

l Milk thistle (Silybum marianum)– membersih dan memperkayakan hati dengan meningkatkan takat glutation (sehingga 35 peratus); mengubah membran luaran sel hati, membentuk halangan yang boleh melindungi hati dari toksin.

* Akar Dandelion (Taraxacum officinale) - merangsang hati untuk menyahtoksikkan racun; merangsang pengeluaran hempedu daripada pundi hempedu; bertindak sebagai pembersih darah dan penjulap.
* Akar Burdock – merangsang ginjal dan membantu dalam pembuangan toksin dari sistem badan.
* Serat – yang larut dan yang tidak larut, meningkatkan fungsi pergerakan usus, membersihkan kolon dan melegakan sembelit. Biji flax dan pektin buah epal adalah sumber serat yang amat baik.
* Teh hijau – Katecin, bahan aktif dari teh hijau menambah penghasilan sekumpulan bahan nyahtoksin asas secara mendadak.
* Akar Licorice (Glycyrrhiza glabra) – penjulap lembut yang melegakan radang membran usus.
* Slippery Elm (Ulmus fulva) – membersihkan mucus dari usus dan melegakan ketidakselesaan dan ulser.
* Selenium – adalah sejenis antioksidan mineral yang juga berguna untuk membantu nyahtoksik dalam hati.
* Zat makanan hijau sama ada dengan sendiri atau dalam gabungan dengan makanan hebat seperti rumput gandum, rumput barli, spirulina, klorela dan aphazomenon flos aqua (AFA) adalah kaya dengan klorofil dan zat makanan lain yang membekalkan kuasa nyahtoksik bagi sistem badan.
* Bakteria baik membantu untuk meningkatkan penghadaman dan memelihara pergerakan usus yang sihat dan bersih.

Kedai farmasi berdekatan anda adalah tempat yang terbaik untuk anda mendapatkan produk minuman "hijau" yang bermutu dan berkhasiat.

Pilihlah dengan berhati-hati dan dapatkannya dari jenama yang boleh dipercayai yang menyediakan "advanced formula" dengan sekurang-kurangnya 76 jenis makanan terbaik dan fitonutrien termasuk L-Lysine, L-Proline, L-Carnosine, Asid Alfa Lipoik dan L-Carnitine.

Bacalah label dengan teliti untuk memastikan anda mendapat bahan-bahan yang anda perlukan.

Apa yang perlu dilakukan semasa berbuka puasa?

Berbukalah dengan cecair terlebih dahulu dengan sedutan yang perlahan. Minum sejumlah 500 mililiter (ml) air dan kemudian secara perlahan-lahan ambillah 1 1/2 sudu teh atau 25 gram zat makanan yang lain.

Anda boleh juga meminum jus buah-buahan yang dicampurkan dengan sayuran seperti lobak, saderi dan akar bit (jangan campurkan gula), dilarutkan dalam jumlah air yang sama banyak. Ulangi keseluruhan proses untuk beberapa hari,

Bagi tempoh masa berpuasa yang tinggal, apabila tiba masa berbuka, mulakan dengan formulasi minuman "hijau" di atas diikuti dengan makanan ringan dan tidak memasukkan makanan pejal ke dalam sistem badan anda secara tergesa-gesa.

Setelah selesai meminum air, ia boleh diikuti dengan mengambil makanan separuh pejal dan menambah makanan pejal kemudian.

Cuba elakkan makanan berminyak dan bergoreng, daging merah, gula, minuman berkarbonat dan kafeina serta tembakau.
Back to top Go down
http://crescentstuff.blogspot.com/
 
Nyahtoksik dan pembersihan dalaman ketika berpuasa
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sampaikan Salam Kemerdekaan dan Berpuasa

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Kesihatan dan Keluarga-
Jump to: