Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Portal v2HomeSearchLatest imagesMemberlistRegisterLog in

 

 Lanun minta RM10 juta

Go down 
5 posters
AuthorMessage
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Lanun minta RM10 juta Empty
PostSubject: Lanun minta RM10 juta   Lanun minta RM10 juta Icon_minitimeMon Sep 01, 2008 3:11 pm

PASIR PUTEH: Nasib kru kapal tangki MT Bunga Melati 2 yang ditawan lanun di Somalia sejak 19 Ogos lalu masih belum menentu apabila kumpulan terbabit didakwa meminta wang tebusan RM10 juta untuk membebaskan mereka.

Kini nasib 39 kru kapal termasuk 29 daripadanya warga Malaysia dikatakan bergantung kepada hasil rundingan dengan kumpulan lanun terbabit selepas ditawan sejak 13 hari lalu.

Nor Hasliza Mat Zin, 22, mendedahkan tunangnya, Mohd Salwadi Mamat, 31, yang turut menjadi tawanan lanun terbabit memberitahunya mengenai jumlah wang tebusan diminta kumpulan itu untuk membebaskan semua kru.

Menurutnya, Mohd Salwadi memberitahu demikian kepadanya ketika mereka berpeluang berbual selama 10 minit di telefon pada 26 Ogos lalu.


“Ketika itu, Mohd Salwadi beritahu dia dan rakan yang lain masih berada dalam kapal berkenaan dan lanun itu menunggu untuk mengadakan rundingan membebaskannya.

“Dia berkata keadaannya selamat tetapi saya tidak yakin kerana dari suaranya ketika itu, saya tahu dia seperti menyembunyikan sesuatu dan ketakutan.

“Saya dapat rasakan sesuatu, tunang saya itu memang suka menyembunyikan sesuatu walaupun berada dalam kesusahan kerana tidak mahu orang lain bimbang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Danan dekat sini, semalam.

Mohd Salwadi antara 39 kru kapal milik MISC Bhd (MISC) yang dijadikan tebusan sekumpulan lanun selepas berjaya menawan kapal tangki itu ketika dalam perjalanan dari Dumai, Sumatera, Indonesia menuju Rotterdam, Belanda.

MT Bunga Melati 2 yang ketika itu membawa 32,025 tan minyak sawit dirampas lanun di Teluk Aden, perairan Somalia pada jam 10.09 malam waktu tempatan bersama-sama 29 anak kapal warga Malaysia dan 10 warga Filipina.

Kumpulan lanun yang sama turut merampas dua kapal dari Jerman dan masing-masing satu dari Jepun serta Iran.

Jumaat lalu, sebuah lagi kapal tangki milik syarikat yang sama, MT Bunga Melati 5 dirampas sekumpulan lanun di perairan antarabangsa di luar perairan Yaman.

Ketika kejadian itu, kapal berkenaan dengan 36 kru warga Malaysia dan lima kru penyelenggaraan sementara warga Filipina membawa 30,000 tan bahan petrokimia dalam perjalanan ke Singapura dari Yanbu, Arab Saudi.

Mengulas perbualan dengan tunangnya itu, Nor Hasliza berkata, Mohd Salwadi tidak memberitahu sama ada lanun berkenaan bersenjata atau tidak, begitu juga identiti mereka.

Menurut Nor Hasliza, tunangnya ada membuat panggilan telefon pada 15 Ogos lalu ketika kapalnya berlabuh di sebuah negara Arab untuk mengisi minyak dan dia berjanji akan menghubunginya semula sehari sebelum majlis pertunangan mereka pada 24 Ogos lalu apabila sekali lagi akan berlabuh di Terusan Suez.
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Lanun minta RM10 juta Empty
PostSubject: Re: Lanun minta RM10 juta   Lanun minta RM10 juta Icon_minitimeThu Sep 04, 2008 11:53 pm

go go misc..
sebenarnya bab2 lanun ni da lama..
dulu lagi diaorang da rompak merchant ship nih
kat selat melaka pun banyak yg kena rampas
dulu ada sdara crita yg pistol da kpala da (dia pegawai kapal) kapten2 da lama menyorok kat dalam bilik

pada member aku yang baru keja misc tu all the best Smile Smile
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
crescent


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 36
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

Lanun minta RM10 juta Empty
PostSubject: Re: Lanun minta RM10 juta   Lanun minta RM10 juta Icon_minitimeFri Sep 05, 2008 1:53 am

cian kat anak kapal 2..x senunuh nk 10juta..agak2 laa encik pirate oii...
Back to top Go down
http://crescentstuff.blogspot.com/
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Lanun minta RM10 juta Empty
PostSubject: Re: Lanun minta RM10 juta   Lanun minta RM10 juta Icon_minitimeTue Sep 23, 2008 2:10 am

dorang profesional pye pirate la..

satu bot dengan enjin kuasa kuda yg tinggi bukan murah..

tak kira lagi dengan AK-47, machine gun berat, RPG..

kira 10 juta tu boleh back up cost la..
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
arios
Budak Sekolah
Budak Sekolah
arios


Male Post : 68
Birthday : 27/05/1988
Age : 35
IPGM : IPBA
Course : TESL
Batch : 2006
Registered : 07/11/2008

Lanun minta RM10 juta Empty
PostSubject: Re: Lanun minta RM10 juta   Lanun minta RM10 juta Icon_minitimeFri Nov 07, 2008 4:29 am

Aa la kn..
ptut mesia skang ni tbuh kan Sea marshal utk jager kapal tuh..
ala2 marshal US la y jge civilian aircraft diorg tu la..

bru slamat sket..
bk kate org mencegah lbih baik drpd merawat..
Back to top Go down
sapix
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
sapix


Male Post : 203
Birthday : 17/08/1986
Age : 37
IPGM : IPBA
Course : KS/BI
Batch : Julai 2005
Registered : 29/06/2008

Lanun minta RM10 juta Empty
PostSubject: Re: Lanun minta RM10 juta   Lanun minta RM10 juta Icon_minitimeFri Nov 07, 2008 5:59 am

arios wrote:
Aa la kn..
ptut mesia skang ni tbuh kan Sea marshal utk jager kapal tuh..
ala2 marshal US la y jge civilian aircraft diorg tu la..

bru slamat sket..
bk kate org mencegah lbih baik drpd merawat..

malaysia sudah ada unit macam sea marshal.
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia.
tp benda ni baru ditubuhkan.
baru 2 3 tahun
x cukup anggota lagi kot..
Back to top Go down
http://sangkunang.blogspot.com/
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Lanun minta RM10 juta Empty
PostSubject: Re: Lanun minta RM10 juta   Lanun minta RM10 juta Icon_minitimeFri Nov 07, 2008 1:57 pm

arios wrote:
Aa la kn..
ptut mesia skang ni tbuh kan Sea marshal utk jager kapal tuh..
ala2 marshal US la y jge civilian aircraft diorg tu la..

bru slamat sket..
bk kate org mencegah lbih baik drpd merawat..

Bro ingat mudah2 ke sea marshall nak gerak n follow kapal2 berdagang...Kapal2 M'sia ni bukan ada 10-20 bijik je...tapi ratus-ratus gak kapal M'sia ni..takkan la Sea Marshall duk men ikut dorang 2....lagi pun mmg tempat 2 hitam...bukan takat Msia je yang dah kene samun ngan pirate 2...byk lagi negara yang kene...sbb 2 la negara yang kapal 2 kene bantai ngan lanun tak leh wat per dah...
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Lanun minta RM10 juta Empty
PostSubject: Re: Lanun minta RM10 juta   Lanun minta RM10 juta Icon_minitimeWed Apr 29, 2009 3:38 am

ala cara yg mudah ialah lantik private company utk jd pengiring masa kat kawasan yg bahaya cam kat area Aden n Selat Melaka

cara no 2, membenarkan kapal2 dagang ni ada team keselamatan bersenjata sendiri..cam security la, tmbah lak dgn non-lethal weapon cam water gun n sound wave..cuma yg penting ialah kawalan la supaya kapal2 ni tak merompak lak @ jd samseng

cara no 3, penubuhan pasukan yg dibiayai oleh merchant navy dgn kjesama UN utk tubuh pasukan yg mmg base sekitar kwasan bgolak mcm nih..bape lama nk harap navy negara dunia jd peronda kat situ

cara no 4, mcm sekarang..kaw sekitar aden leh kira sbagai kaw bgolak, pasukan bwh panji pbb perlu ada utk tenangkn dan hapuskan lanun nih
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
Sponsored content





Lanun minta RM10 juta Empty
PostSubject: Re: Lanun minta RM10 juta   Lanun minta RM10 juta Icon_minitime

Back to top Go down
 
Lanun minta RM10 juta
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Isu Semasa Dalam dan Luar Negara-
Jump to: