Portal v2HomeFAQSearchMemberlistMemberlistRegisterLog in

Share | 
 

 Guru sebagai Revolusioner Masyarakat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ahmad zhafri bin md noor
Budak Tadika
Budak Tadika


Male Post : 12
Birthday : 05/01/1988
Age : 28
IPGM : Institut Perguruann Persekutuan Pulau Pinang
Course : Science education
Registered : 06/12/2008

PostSubject: Guru sebagai Revolusioner Masyarakat   Sat Dec 06, 2008 9:33 pm

Skop yang akan kita bincangkan ini adalah amat luas sebenarnya. Dalam fikiran ana , ana sering tertanya-tanya banyak perkara .Antaranya , ana bagi “point” di sini ialah :Mungkin ini hanya “cebisan” kecil daripada pemikiran ana sendiri.

Adakah kita sebagai guru ini hanya bertindak sebagai “ robot” yang akan mengajar generasi hadapan dengan apa yang dipelajari kita dalam bilik kuliah sahaja semasa di IPGM?

Seandainya , ana ambil kursus Sains Pendidikan, adakah itu sahaja yang ana dapat curahkan kepada anak bangsa ? Adakah ana hanya setakat masuk ,mengajar , balik , makan Sleep dan semuanya berakhir bila ana dipanggil menghadap Allah kelak?

Memang sebagai seorang guru begitulah tugas kita sebagai seorang figur yang tugasnya mengajar anak-anak murid di hadapan , namun adakah “sekadar itu”?

Adakakah sekadar itu ? mana penerapan nilai kecintaan agama dan bangsa yang kita hendak semai ?

di kala Negara kita hari ini dikejutkan dengan pelbagai berita yang melibatkan guru dan anak murid mereka…Berita yang menyedihkan ,berita yang mengharukan dan berita yang kita akan berasa “takjub” dengannya, sebab ia tak pernah berlaku sebelum ini !

Ana ambil contoh beberapa isu yang berlaku di negara kita sepanjang tahun ini. isu murid tendang guru di Perlis, isu murid buat video lucah DI Kuala Terengganu , isu ketagihan hidu gam (tora) di kalangan pelajar sekolah di Alor Setar, isu pelajar jual badan untuk tanggung duit persekolahan sendiri dan pelbagai jenis isu yang melibatkan anak bangsa kita yang masih bersekolah .

Itu tidak masuk lagi dengan gejala mat rempit, hisap gam , bergaduh , black metal , pemurtadan kristianisasi ,emo, punk , skinhead dan pelbagai jenis ancaman yang ‘memeritkan ‘ telinga untuk mendengarnya (bagi hati yang tak buta) .

Adakah generasi ini yang kita akan beri amanah untuk mewarisi dan mentadbir Negara kita?

Rosak jahanam Negara kita . Seorang cerdik pandai menyatakan , jika ingin melihat masa depan sesebuah negara , lihatlah pada anak mudanya.

Ana malu untuk menyatakan bahawa ana hanya sekadar seorang guru yang hanya sekadar mengajar subjek di depan tapi tak mampu menyumbangkan sesuatu untuk anak bangsa yang tercinta ini .

Apa beza ana dengan perkakasan pengajaran seperti komputer dan projektor LCD ? seandainya ana tidak mampu memberi dan menyelitkan izzah Islamiyah dan keunggulan bangsa Melayu sebagai suatu selitan atau “ulam” dalam proses pengajaran dan pembelajaran ana.

Ana tidak bercakap bahawa kita akan mewujudkan sesi kelas agama sedangkan ana dipertanggungjawabkan dengan subjek sains.

Maksud ana biarlah dalam sesi pengajaran itu diselitkan dengan hadis-hadis , atau kefahaman Islam , persoalan tentang umat dan sebagainya yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung kepada para pelajar.

Jangan dipisahkan agama dengan dunia. Andai dipisah lagu dan irama , lemah tiada berjiwa , hampa.

Guru-guru seharusnya mempersiapkan diri dengan ilmu agama dan ilmu dunia yang mendatangkan faedah seperti pengetahuan tentang isu permasalahan sosial semasa, hak keistimewaan orang melayu , peperangan , penindasan dan banyak lagi isu-isu semasa yang boleh diselitkan bagi menanamkan kecintaan anak-anak murid mereka terhadap agama , Negara dan bangsa mereka .

Mereka (anak-anak murid) ini seharusnya didedahkan tentang perkara seumpama itu secara tidak langsung . Patriotik sebagai kesimpulan

Ini tidak , buat KARNIVAL Kempen Rukun Negara, “konon-kononnya” menyemai semangat patriotik, tapi pengisian dia, baik pergi Jom Heboh la. Berjoget sana menari sini. Bukan tempat sini la, nun jauh di pedalaman Afrika .

Tiada beza. Kalau cikgu sendiri pun , masuk kelas cakap merepek , cerita pasal rumah tangga , gossip-gosip , mengumpat , buat clique macam budak-budak, pakai seksi sendat , dan tak tunjuk contoh kepada anak-anak murid ,alangkah malangnya generasi muda kita.

Fahamilah bahawa para guru hari ini umpama ibu bapa kepada anak-anak kerana kebanyakan masa anak-anak dihabiskan dengan guru-guru di sekolah

.Pagi dan tengah hari di sekolah , kadang kadang petang dan malam pun ada kelas tambahan .(Jadi sememang selayaknya para guru digelar ibu bapa kedua).

Guru-guru ni juga terkadang mengetahui perihal anak-anak murid mereka melebihi ibu bapa anak murid itu sendiri.

Guru umpama seorang daie atau pendakwah yang paling lama yang akan berhadapan dengan mad’u ( golongan sasaran) mereka.

Gurulah antara “engineer” Negara yang paling penting . dari seorang gurulah akan terlahirnya seorang jurutera, dari seorang gurulah lahir seorang ulama, dan dari seorang gurulah lahirnya pelbagai pekerjaan .

Dari seorang guru yang pakai tak seberapa makan pun sederhana ini lahirnya ramai wira dan penyangak bangsa !

Kalau guru kencing berdiri , anak murid bukan setakat kencing berlari tapi terus buat marathon. Ini realiti yang perlu setiap guru terima.

Tak kan kita nak harapkan ustaz-ustazah sahaja buat kerja dakwah ? sedangkan kita telah dipilih sebagai khalifah Allah di muka bumi dan berperanan untuk menyampaikan dakwahNya? Melihat ada antara guru dan pelatih guru yang terlibat dengan zina (Penang) , Pertandingan “Ratu” cantik pondan (Kota Bharu) , guru rogol anak murid dan beberapa isu lain menyebabkan kita tak senang duduk.

Mereka ini akan mengajar anak bangsa kita ? Minta dijauhkan.

Kenapa ana menekankan perkara ini? Sebagaimana yang ana tekankan tadi ,kita tidak mahu perkara kerosakan yang melanda generasi pelapis ini dari terus berterusan . Yang berlaku biarlah berlalu.

Perkara yang sudah lepas , rosak binasa kalau difikirkan kembali. Apa yang penting kuatkan kefahaman kita tentang Islam , hak dan kerukunan Melayu ,bukan sekadar melaungkan ketuanan Melayu , tetapi habuk tarak.

Projek melepas kat tangan bangsa lain, main tikam belakang anak bangsa sendiri , jawatan pun berebut , dan main rasuah macam makan kacang goreng .Ini kepala bapak punya ketuanan ni. Kembalilah kepada Islam yang syumul .

Usah toleh belakang lagi .Tambahkan ilmumu bukan sahaja dalam bidangmu ,tetapi penekanan kepada fardhu ain mestilah ada. Orang Melayu Malaysia hanya akan maju dengan kembali semula kepada fitrah, yakni kepada agama Islam itu sendiri. Kenapa orang barat boleh maju ?

mereka kembali kepada fitrah mereka- kufur terhadap Allah , menarik muslim ke arah “jalan” mereka dengan menjadikan kita umpama tikus makmal kerana disogokkan dengan segala budaya dan pemikiran sampah (hedonism, sekularisme, wahn dsb ), mengamalkan apa yang dilarang Allah , meninggalkan segala larangan Allah ,kufur terhadap nikmat-Nya dan sebagainya.

Mereka juga menjadikan dunia sebagai tujuan utama mereka. Adakah kita , terutama kepada bakal guru, yang beragama Islam , “berminat” menjadi seperti mereka? Tentu tidak bukan.

Orang Melayu ,jika mengikut definasi yang terdapat dalam perlembagaan , adalah bangsa asal tanah melayu , beragama islam , yang bercakap dalam bahasa melayu , mengamalkan budaya melayu dan berketurunan Melayu.

Tapi ramai Melayu hendak jadi orang putih, muka liat pesat ,hidung pesek kembang , rambut hitam legam , ada yang kena air karat , bertukar menjadi perang dan bercakap pun pasal hiburan dan perkataan sia-sia sahaja.

Hendak maju ?Bila kita boleh menjadi maju sedangkan budaya sampah terus diangkut dari kahak Negara barat. Sesetengah budaya yang diceduk dari barat , mereka sendiripun anggap budaya itu sebagai budaya sampah di luar dari norma masyarakat dan budaya “kencingan”.

Sebagai contoh black metal , dan punk. Tapi tidak sedikit anak muda kita yang terperangkap dalam “tipu daya” ini.

Jadi pada hemat ana yang dhaif ini , guru sepatutnya terkehadapan dari segi pentarbiyahan diri dan pengetahuan tentang isu semasa yang melanda Malaysia , khasnya dan melanda dunia amnya.

Ana tidak bercakap dari sudut teori atau sekadar sembang “berasap berapi “, tapi inilah yang sepatutnya kita perjuangkan , khasnya kepada yang telah mengikuti dan menerima tarbiyah , bahkan kepada yang tidak terima tarbiyah , namun “celik” terhadap permasalahan yang melanda.

Di kala para pemimpin masih lagi Sleep , masih dengan kepentingan politik sempit mereka, masih dengan pergaduhan sesama bangsa ini hingga mengetepikan tanggungjwab sebenar mereka untuk mendidik dan memimpin rakyat, kitalah ,para pelapis guru yang akan menjadi pemimpin bagi dalam kelas ,ilmunya dan kefahaman untuk ditebarkan ke seluruh alam, insyaalllah .

Bangunlah wahai saudaraku ,rapatkan saff, tahu tujuan , tahu matlamat akhir , kumpul tenaga dan teruskan perjuangan mentarbiyahkan diri. Selepas itu, sebarkan .


oleh : Mujahid Page @ ahmad zhafri
http://deafeningsilent.blogspot.com
Back to top Go down
View user profile
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 29
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

PostSubject: Re: Guru sebagai Revolusioner Masyarakat   Sun Dec 07, 2008 5:17 pm

faktor yg menyumbang pada kesan negatif masyarakat kini:
- ibu bapa
- media massa
- rakan sebaya
- sekolah aka guru2
- persekitaran
- individu itu sendiri
Back to top Go down
View user profile http://crescentstuff.blogspot.com/
ahmad zhafri bin md noor
Budak Tadika
Budak Tadika


Male Post : 12
Birthday : 05/01/1988
Age : 28
IPGM : Institut Perguruann Persekutuan Pulau Pinang
Course : Science education
Registered : 06/12/2008

PostSubject: Re: Guru sebagai Revolusioner Masyarakat   Sun Dec 07, 2008 6:43 pm

memg betul apa yg saudari tulis tu, namun artikel di atas lebih menumpukan kepada peranan yang patut kita mainkan sebagai seorang guru dan bakal guru. Guru umpama pendakwah, guru juga boleh diibaratkan sebagai motivator kepda anak-anak didik mereka... Peranan guru bukan setakat mengajar subjek yang menjadi "teras" pengajarannya (sebagai contoh jurusan science education) , tetapi permasalahan atau kesedaran sosial harus dipupuk kepda generas baru(pelajar-pelajar) oleh guru itu sendiri.
Back to top Go down
View user profile
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 29
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

PostSubject: Re: Guru sebagai Revolusioner Masyarakat   Mon Dec 08, 2008 5:16 am

saya tahu artikel saudara lebih menumpukan pada peranan guru..tapi sy hanya menambah mengapa terjadinya halangan2 yg menyumbang pada krikitikalnya masyarakat kini..lol..
apa yg saya cuba katakan ialah guru tak boleh diberi 100% tanggungjawab dalam soal ni..

cuba kita ambil contoh artikel yg saudara sampaikan

Quote :

Ana ambil contoh beberapa isu yang berlaku di negara kita sepanjang tahun ini. isu murid tendang guru di Perlis,isu murid buat video lucah DI Kuala Terengganu , isu ketagihan hidu gam (tora) di kalangan pelajar sekolah di Alor Setar, isu pelajar jual badan untuk tanggung duit persekolahan sendiri dan pelbagai jenis isu yang melibatkan anak bangsa kita yang masih bersekolah .

jika dilihat disini..pelbagai faktor yg menyumbang ke arah permasalahan ni tanpa anda sedari..nape murid tendang guru? dari mane murid tahu buat video berkenaan? siapa yg membuatkan mereka kenal dengan gam? dimana ibu bapa yg membiarkan anaknya menanggung duit sekolah mereka sendiri? dalam diam kita hanya memberi dakwah kepada mereka tanpa ingin mengetahui mengapa mereka bersikap begitu..sebenarnya saudara..dalam berdakwah perlu ada strategi sendiri..kita tak boleh men redah aje memberi ilmu..ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah..samalah macam kita menghafal surah..klo tak dibaca selalu..berkarat jadinya..faktor2 tambahan ni la yg penting dalam memastikan murid itu berada dalam landasan yg betul..tak salah jika nk menyelitkan unsur2 agama dalam subjek yg diajar..malah ada penyerapan + pengabungjalinan dalam subjek tersebut..Gelak:..

Quote :
Maksud ana biarlah dalam sesi pengajaran itu diselitkan dengan hadis-hadis , atau kefahaman Islam , persoalan tentang umat dan sebagainya yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung kepada para pelajar.

Jangan dipisahkan agama dengan dunia. Andai dipisah lagu dan irama , lemah tiada berjiwa , hampa.

Guru-guru seharusnya mempersiapkan diri dengan ilmu agama dan ilmu dunia yang mendatangkan faedah seperti pengetahuan tentang isu permasalahan sosial semasa, hak keistimewaan orang melayu , peperangan , penindasan dan banyak lagi isu-isu semasa yang boleh diselitkan bagi menanamkan kecintaan anak-anak murid mereka terhadap agama , Negara dan bangsa mereka .


saya setuju mengenai persiapan diri dalam ilmu duniawi n ukhrawi...tapi perlulah diingat jgn ambil lewa dalam soal ni..guru berada diantara syurga n neraka...salah didik, beratlah tangunggan kiri anda..malah malaikat malik sedia menanti anda..jika betul didikan, maka tersenyumlah malaikat ridhwan menyambut kedatangan anda..




haiz..da merepek2 laa plak rasenye..hehe
my 2cent
Back to top Go down
View user profile http://crescentstuff.blogspot.com/
ahmad zhafri bin md noor
Budak Tadika
Budak Tadika


Male Post : 12
Birthday : 05/01/1988
Age : 28
IPGM : Institut Perguruann Persekutuan Pulau Pinang
Course : Science education
Registered : 06/12/2008

PostSubject: Re: Guru sebagai Revolusioner Masyarakat   Tue Dec 09, 2008 11:06 am

ika dilihat disini..pelbagai faktor yg menyumbang ke arah permasalahan ni tanpa anda sedari..nape murid tendang guru? dari mane murid tahu buat video berkenaan? siapa yg membuatkan mereka kenal dengan gam? dimana ibu bapa yg membiarkan anaknya menanggung duit sekolah mereka sendiri?

Jawapan : saya menyedari bahawa banyak faktor yang menyumbang kepada permasalahan sosial itu sendiri, bahkan kalau di senarai pun memang akan melebihi apa yang saudari senaraikan. Tetapi jika saudari melihat tajuk artikel tersebut "GURU SEBAGAI REVOLUSIONER MASYARAKAT" , pemberatan artikel tersebut lebih kepada peranan yang sepatutnya di mainkan oleh guru-guru , bukan untuk mempersalahkan 100% kepada guru atas permasalahan sosial yang melanda negara tetapi lebih kepada salah satu solusi yang sepatutnya direnungi oleh guru dan bakal guru sebab saya tahu kebanyakan pelawat yang melawat forum ni merupakan guru dan bakal guru (bahkan mungkin ada yang memang bukan guru tetapi kalau ada pun mungkin dalam jumlah yang sedikit!)

Mengenai perkara yang saudari tulis di atas (yang dapat saya petik di sini) , memang ada benarnya bahawa ibu bapalah (atau persekitaran )yang sepatutnya (dan sewajibnya) memainkan peranan, tetapi pernahkah saudari terfikir bahawa guru-guru turut berperanan untuk membantu "pelajar-pelajar bermasalah ini" . Sebab itulah artikel ini ditulis .

cuba renungi post saya di bawah (bertarikh 7 Disember)

memg betul apa yg saudari tulis tu, namun artikel di atas lebih menumpukan kepada peranan yang patut kita mainkan sebagai seorang guru dan bakal guru. Guru umpama pendakwah, guru juga boleh diibaratkan sebagai motivator kepda anak-anak didik mereka...

Saudari menulis :
dalam diam kita hanya memberi dakwah kepada mereka tanpa ingin mengetahui mengapa mereka bersikap begitu..
J
awapan : persoalan di atas sepatutnya dijawab oleh kita sebagai seorang guru dan bakal guru sendiri . Kenapa kita hanya memberi dakwah kepada mereka tanpa ingin mengetahui mengapa mereka bersikap begitu ? Adakah ini permasalahan dakwah atau pendakwah (atau guru) itu sendiri?


sebenarnya saudara..dalam berdakwah perlu ada strategi sendiri..kita tak boleh men redah aje memberi ilmu..ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah..samalah macam kita menghafal surah..klo tak dibaca selalu..berkarat jadinya..

Jawapan : Terima kasih sebab pernyataan di atas menguatkan azam saya untuk menjadi lebih 'berfikir' , dan merenungi apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh saya (sebagai seorang guru)pada masa hadapan. Dalam dakwah kita mempunyai strategi sendiri , strategi ana kat sini, menyedarkan "guru-guru"dan bakal "guru" di ruang dakwah tanpa sempadan ini (aka IPGM forum ini). Apabila guru sedar tanggungjawab mereka , di sinilah akan terpupuk jati diri anak bangsa (atau anak murid mereka sebagai orang Melayu beragama Islam)

. Inilah yang dikatakan "strategi" berdakwah kerana dakwah kalau kita lihat pada hari ini hanya didasari oleh subjek-subjek tertentu sahaja (sebagai contoh : pendidikan Islam dan J-Qaf sahaja) . Adakah Islam kita hanya terletak pada masa kedua-dua subjek tersebut di ajar? Lepas ni ana akan sentuh bab Sekularisasi dalam pendidikan pula.Insyallah.

faktor2 tambahan ni la yg penting dalam memastikan murid itu berada dalam landasan yg betul..tak salah jika nk menyelitkan unsur2 agama dalam subjek yg diajar..malah ada penyerapan + pengabungjalinan dalam subjek tersebut

Jawapan : Saya menyokong sepenuhnya pernyataan saudari di atas, ada faktor lain selain guru dan juga berkenaan pengabungjalinan dalam subjek tersebut.

Gembira untuk berkongsi dengan saudari dan pembaca forum semua.

http://deafeningsilent.blogspot.com
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Guru sebagai Revolusioner Masyarakat   Today at 7:34 pm

Back to top Go down
 
Guru sebagai Revolusioner Masyarakat
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Isu Semasa Dalam dan Luar Negara-
Jump to: