Portal v2HomeFAQSearchMemberlistMemberlistRegisterLog in

Share | 
 

 Hempedu hatiku-

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ahmad zhafri bin md noor
Budak Tadika
Budak Tadika


Male Post : 12
Birthday : 05/01/1988
Age : 28
IPGM : Institut Perguruann Persekutuan Pulau Pinang
Course : Science education
Registered : 06/12/2008

PostSubject: Hempedu hatiku-   Sat Dec 06, 2008 10:18 pm

Dipetik daripada blog akh izzat anwari hasni( http://darahmerdeka.wordpress.com/2008/11/17/hempedu-hatiku/)

Keratan kenyataan pengkid dalam akhbar. Apabila kefahaman Islam Liberal sudah menular, beginilah jadinya. Akal berlandaskan nafsu tanpa ilmu merosakkan pemikiran masyarakat.

Peranan kita? Peranan mahasiswa? Persoalan sekarang adalah apa perlu kita buat, bukan siapa yang perlu buat!

Saya cukup terkilan apabila pengkid ini seolah-olah menyalahkan Allah s.w.t. kerana menuduh Allah s.w.t. memberi naluri sebegitu.


Tidakkah dia membaca al-Qur‘ān? Tidakkah dia memahami Islam yang sebenarnya? Allah s.w.t turunkan al-Qur‘ān sebagai panduan, bukan sebagai hiasan atau mencantikkan hantaran!

Di mana guru-guru Islam? Sibuk berkursus ke sana ke mari hingga memandang enteng isu ini? Ini persoalan aqidah, bukan persoalan hak asasi!

Saya bakal guru tetapi saya malu dengan sikap kebanyakan guru-guru di Malaysia. Tuisyen bercambah, kelas tambahan makin banyak, tetapi anak murid semakin tidak berakhlak.


Di kampung saya juga bercambah maksiat pelbagai wajah. Guru membiak banyak, tapi anak murid semakin rosak! Mengapa? Tujuan mengajar sudah lari daripada landasan pendidikan Islam. Pendidikan di Malaysia ini secara realitinya adalah dualisme!

Saya dengan keras menyeru guru-guru di luar sana supaya mengubah cara berfikir dengan lebih matang.

Usah terlalu bicara soal gaji, kereta, tempat peranginan, sikap jiran, perangai guru-guru lain, atau sebagainya di dalam bilik guru.

Tekankan persoalan nasib anak didik. Lebihkan bicara persoalan pembinaan akhlak anak murid. Bicara sahaja tidak boleh mengubah masyarakat. Apa yang perlu ialah tindakan! Turun ke masyarakat dan lakukan apa yang termampu!

Saban hari hati ini rasa sesak dengan pemikiran mahasiswa dan guru-guru yang semakin meruncing. Setiap waktu hati ini rasa sebak dengan nasib umat Islam yang dirogol dan dicemuh secara terbuka oleh umat Islam sendiri.


Setiap minggu hati ini rasa hiba melihat anak bangsa memijak jalan yang jauh daripada aqidah. Setiap bulan hati ini gelisah membaca isu-isu masyarakat yang kian reput dimakan parti politik dan mahasiswa yang buta masyarakat!

Di mana guru-guru agama? Di mana guru-guru bangsa? Di mana guru-guru negara?

Jawablah wahai guru-guru!

Keratan akhbar:

PERTAMA sekali, saya ingin menyuarakan ketidakpuasan hati saya terhadap akhbar ini yang selalu menyiarkan isu pengkid. Sudah tidak ada masalah lainkah untuk dijadikan isu semasa?

Saya juga pengkid, jadi saya ingin menyuarakan komen mengenai isu pengkid ini untuk tatapan semua pembaca. Pengkid wujud kerana sikap lelaki juga.

Ada di antara pengkid dulunya wanita normal tetapi mereka mengubah cara hidup untuk menjadi seperti lelaki selepas dikecewakan berkali-kali daripada segi zahir dan batin oleh lelaki.

Mereka menghambakan diri kepada lelaki tetapi akhirnya diludah oleh lelaki. Memang tak semua begitu tetapi kebanyakan dan saya percaya melebihi 60 peratus begitu.

Jika seseorang ingin berubah, ia perlu datang daripada hati mereka sendiri. Tak guna mereka dipaksa. Jika seorang pengkid dipaksa berubah menjadi wanita normal dan dipaksa berkahwin tidakkah anda semua terfikir ia bakal menyiksa si lelaki yang menjadi suami mereka?

Bukankah rumah tangga mereka juga akan binasa? Bolehkah ini dikatakan menyelamatkan institusi keluarga?

Saya ada seorang rakan pengkid yang ingin berubah dan berkahwin tapi akhirnya rumah tangga mereka musnah kerana hati dan nalurinya bukan untuk lelaki.

Bukankah itu menambah dosa kepada dirinya kerana derhaka terhadap suaminya. Setiap orang diberikan hati dan otak untuk berfikir, jadi berilah masa kepada kami untuk berfikir. Biar kami tentukan sendiri bila dan bagaimana kami nak berubah.

Ada di antara pengkid berjaya menyelamatkan wanita yang kecewa dengan cinta dan rumah tangga daripada membunuh diri. Ini kerana kami lebih memahami mereka.

Hakikatnya, banyak lagi masalah lain yang membelenggu negara kita, antaranya kes buang anak, bohsia dan mat rempit, seks rambang dan pelacuran, lelaki dan wanita tinggal serumah tanpa ikatan.

Bukankah semua kes ini lebih berat tapi kenapa isu pengkid yang tak banyak membawa masalah kepada negara harus dibangkitkan.

Jika pengkid dihapuskan bolehkah kita menyelamatkan gadis-gadis Malaysia daripada menjadi ibu pada usia muda, membuang bayi dan menjadi pelacur?

Hak masing-masing untuk berpakaian seperti apapun. Kenapa tidak ditangkap mereka yang berpakaian seksi dan menjadi ikutan hingga terjadinya gejala rogol.

Fikirlah anda semua kerana pengkid juga manusia biasa dan mereka dilahirkan bersama naluri ini. Kami tidak minta untuk jadi seperti ini tetapi naluri kami membuatkan kami terpaksa jadi begini.

Sejak saya kecil saya sudah seperti ini. Naluri ini lahir secara semula jadi dan bukan kami cari sendiri. Bukan mudah untuk kami mengubah cara kami ini. Ia sama seperti memaksa lelaki sejati untuk bertukar menjadi wanita.

Ada hikmah mengapa Tuhan mencipta makhluk seperti kami. Kami adalah petanda dunia sudah hampir kiamat.

Kami peringatan untuk manusia lain beringat-ingat. Kami bukan ingin dibelenggu dosa. Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.

Pesanan terakhir saya kepada rakyat Malaysia, jangan menyalahkan golongan ini 100 peratus. Selamatkan dulu anak gadis anda dan adik perempuan anda yang menjadi aset pemuas nafsu lelaki, menjadi pembunuh bayi tidak berdosa dan bermacam-macam lagi.

Bagaimanapun, bagi pengkid yang mengganggu rumah tangga orang lain, mereka harus diberi pengajaran. Saya bukan ingin mencabar fatwa tetapi tindakan yang diambil tidak dapat mengubah apa-apa.

Saya berkata begitu kerana ada juga di kalangan kawan-kawan wanita saya yang bertudung ketika berdepan dengan masyarakat tetapi di rumah mereka ada kekasih dan hidup seperti suami isteri.

Apa gunanya semua itu? Saya sarankan rakyat Malaysia jangan terlalu pening kepala dengan isu ini kerana banyak lagi masalah lain yang perlu difikirkan.

Tukang petik : mujahid page @ ahmad zhafri
http://deafeningsilent.blogspot.com
Back to top Go down
View user profile
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 29
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

PostSubject: Re: Hempedu hatiku-   Sun Dec 07, 2008 4:32 pm

Quote :
Ada hikmah mengapa Tuhan mencipta makhluk seperti kami. Kami adalah petanda dunia sudah hampir kiamat. Kami peringatan untuk manusia lain beringat-ingat. Kami bukan ingin dibelenggu dosa. Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.

sedar mereka ni petanda dunia sudah hampir kiamat..uikk..tapi apepon doakan diorg diberikan hidayah..bukakan hati untuk kembali ke jalanNya..amin
Back to top Go down
View user profile http://crescentstuff.blogspot.com/
ahmad zhafri bin md noor
Budak Tadika
Budak Tadika


Male Post : 12
Birthday : 05/01/1988
Age : 28
IPGM : Institut Perguruann Persekutuan Pulau Pinang
Course : Science education
Registered : 06/12/2008

PostSubject: Re: Hempedu hatiku-   Tue Dec 09, 2008 11:10 am

Insyaallah ,sama2 doakan mereka ini. Doakan juga kepada kita bersama untuk menikmati "izzah" Islam ini.
Back to top Go down
View user profile
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 29
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

PostSubject: Re: Hempedu hatiku-   Wed Jan 28, 2009 10:23 pm

ade gak baca kt paper pasal isu pengkid tu..
hmm..~smoga Allah membukakn hati mereka...
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/paan1904
Sponsored content




PostSubject: Re: Hempedu hatiku-   Today at 7:34 pm

Back to top Go down
 
Hempedu hatiku-
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Isu Semasa Dalam dan Luar Negara-
Jump to: