Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Portal v2HomeSearchLatest imagesMemberlistRegisterLog in

 

 Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't'

Go down 
+2
paan1904
Mr. Admin
6 posters
AuthorMessage
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Empty
PostSubject: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't'   Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Icon_minitimeSun Aug 03, 2008 9:38 pm



Tahukah kamu bahawa lukisan pada baju T yang kamu pakai sehari-hari mengandungi pelbagai rahsia di sebaliknya? Pada kamu biasa atau untuk suka-suka. Tetapi bagi yang melihatnya, ia secara tidak langsung menterjemahkan imej atau peribadi sebenar kamu. Namun ini semua tidaklah seratus peratus betul. Kalau betul pun, anggaplah ia sebagai kebetulan sahaja.

Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik
Kamu gemar memakai baju T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan kamu sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure. Di samping itu kamu juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas.
Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, kamu memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Kamu juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.

Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock
Sudah menjad perkara biasa bagi remaja memakai baju T dengan gambar personality atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Kamu digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. Kamu juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai kamu. Kalau kamu gemar memakai baju T dengan gambar heavymetal, kamu merupakan seorang yang nakal dan degil. Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau kamu suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan kamu sukakan sesuatu yang baru. Lain pula kalau kamu suka gambar
personaliti yang terkenal menunjukkan kamu seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.

Gambar Iklan
Ini menggambarkan kamu seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, kamu seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kamu seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, kamu merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai seorang yang ketinggalan zaman.

Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan
Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambing perniagaan, kamu dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. Kamu juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan kamu sahaja.

Gambar Kolej Atau Universiti
Jika kamu seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan kamu benar-benar menghargai kolej kamu. Sesuailah sekiranya kamu menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan kamu seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Kamu juga sangat menghargai status dan taraf so.

Lukisan Tangan
Kamu digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Kamu juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah kamu mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.

Gambar Dengan Warna Neon
Kamu sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Kamu mahu masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri kamu. Individu yang gemar memakai baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling kamu juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari kamu

Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun
Kamu digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. Kamu tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. Kamu juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka
mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, kamu senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.

Kemeja T Yang Ketat
Jika kamu suka memakai kemeja T jenis ini, kamu digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Kamu jarang menunjukkan imej kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja kamu lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.

Kemeja T Kamu Longgar Dan Koyak
Kamu benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup kamu.

Baju T Kosong
Jika kamu sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan kamu suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang kamu terima, hanya kamu sahaja yang mengetahuinya. Walaupun demikian, sikap kamu sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. Kamu bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
paan1904


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 37
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Empty
PostSubject: Re: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't'   Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Icon_minitimeTue Aug 05, 2008 4:47 pm

aku pakai je baju ape2 pun..jnji bju..
hee~
Back to top Go down
http://www.friendster.com/paan1904
hana husein
Budak Tadika
Budak Tadika
hana husein


Female Post : 18
Birthday : 11/08/1989
Age : 34
IPGM : ipKT
Course : ppismp bm/pj/ks
Batch : julai 2008
Registered : 04/11/2008

Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Empty
PostSubject: Re: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't'   Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Icon_minitimeSun Nov 23, 2008 11:27 pm

aku puan...pokoknya tutup aurat...ye tak apaan??
Back to top Go down
syed rosman bin syed alwi
Budak Sekolah
Budak Sekolah
syed rosman bin syed alwi


Male Post : 82
Birthday : 01/01/1982
Age : 42
IPGM : ikut la mane pun
Course : JQaf
Batch : julai 2009
Registered : 06/11/2008

Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Empty
PostSubject: Re: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't'   Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Icon_minitimeTue Nov 25, 2008 5:40 pm

ape perlu makna utk t shirt. janji ade baju n menutup aurat. xperlu nk pilih2

Quote :
bro...nak jadi guru kena tau jugak serba sedikit...pemakaian mencerminkan seseorang individu itu sendiri...so bila berpakaian pun ada caranya..bila kita lihat anak murid kita nanti pakai baju macam mana2 kita tau la serba sedikit peribadi mereka...walaupun kekadang 2 kurang tepat atau tak tepat langsung sekurang-kurangnya kita ada persediaan untuk berdepan dengan murid tersebut.

* Sila hantarkan post yang tidak bersifat provokasi. AMARAN 1.
Back to top Go down
kayhebat
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM
kayhebat


Male Post : 779
Birthday : 10/11/1987
Age : 36
IPGM : IPPP
Course : PJ Major,English Minor
Batch : Julai 2005
Registered : 09/07/2008

Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Empty
PostSubject: Re: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't'   Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Icon_minitimeWed Nov 26, 2008 12:00 am

pilih pun utk citarasa je...
Back to top Go down
http://kayhebat.blogspot.com
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah
kudabesi87


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 37
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Empty
PostSubject: Re: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't'   Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Icon_minitimeThu Feb 05, 2009 1:34 am

pakai baju heavy metal dan Rock Bebeh seorang yang degil?

ada gak aku tengok orang buat baju ct nurhaliza, mawi, osama

jiwa menda la org yg pakai baju tu..
Back to top Go down
http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
paan1904


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 37
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Empty
PostSubject: Re: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't'   Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Icon_minitimeSun Feb 08, 2009 10:29 pm

ntah ler...tp ade je sesetengah org..main pakai je t-shirt apepun..
yg penting dia b'baju..hmm~
Back to top Go down
http://www.friendster.com/paan1904
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Empty
PostSubject: Re: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't'   Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Icon_minitimeWed Feb 11, 2009 10:43 pm

ada gak sesetengah macam 2..namun bagi aku la...sekarang ni kita kena la serba sedikit berpakaian seperti guru, so bile orang pandang nampak seperti guru..

Bukan apa, bila kita di sekolah murid2 tau kita ni guru, tapi bila di luar sekolah, pemakaian kita haruslah amat berwaspada sekali kerana berkemungkinan pemakaian kita kelak akan ditiru oleh anak-anak didik kita pula nanti.
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
paan1904


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 37
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Empty
PostSubject: Re: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't'   Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Icon_minitimeTue Apr 07, 2009 12:16 am

stuju dgn kemay...
bygkan kalo pakai ntah ape gaya..tbe2 jumpa anak murid kt luar skola..
"eh,cikgu ................ ke ni..?"
ha....sape nak jawab...?
bak kata Nabil..ar lu pikir ar sendiri....huhu~
Back to top Go down
http://www.friendster.com/paan1904
Sponsored content





Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Empty
PostSubject: Re: Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't'   Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't' Icon_minitime

Back to top Go down
 
Bongkar Rahsia Disebalik Baju 't'
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Bongkar Lagi!!! Rahsia Tali Leher
» Rahsia Keperibadian Disebalik Emel Seseorang
» Rahsia Dahi
» Rahsia Bulan dan Kelahiran
» Rahsia di Sebalik Senyuman

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Pengetahuan Am-
Jump to: