Portal v2HomeFAQSearchMemberlistMemberlistRegisterLog in

Share | 
 

 krisis ekonomi lagi?

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 29
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

PostSubject: krisis ekonomi lagi?   Sun Jun 29, 2008 1:24 am

Saham dunia jatuh
Oleh Kamarulzaidi Kamis


Harga minyak mentah melepasi paras AS$141 setong

KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah melonjak melepasi paras AS$141 setong semalam menyebabkan pasaran saham utama dunia menjunam susulan kebimbangan mengenai meningkatnya tekanan inflasi berikutan kenaikan kos perniagaan dan sara hidup.

Kontrak hadapan minyak mentah bermutu tinggi 'Light, Sweet' bagi penghantaran Ogos merekod paras tertinggi baru AS$$142.26 setong, naik AS$7.71 atau 5.7 peratus dalam urus niaga tengah hari di London, semalam.

Kira-kira 18 jam sebelum itu, harganya buat pertama kali mencecah paras melebihi AS$140 setong di Amerika Syarikat (AS) menyebabkan tercetusnya aktiviti jualan besar-besaran di pasaran saham negara berkenaan dan mengheret indeks penanda aras utamanya, Indeks Perusahaan Dow Jones menjunam 358.41 mata atau 3.03 peratus pada penutup dagangannya kepada 11,453.42 mata.

Keadaan itu mempengaruhi prestasi pasaran saham utama Asia yang menyaksikan indeks utama masing-masing turut merudum.

Mendahului kejatuhan terbesar ialah pasaran China dengan Indeks Komposit Shanghai menjunam 5.29 peratus kepada 2,748.43 mata, diikuti BSE Sensex, Mumbai (4.3 peratus); TSEC, Taiwan (3.37 peratus); Nikkei 225, Tokyo (2.01 peratus); Indeks Komposit Seoul (1.93 peratus); Hang Seng, Hong Kong (1.84 peratus); Straits Times Singapura (0.84 peratus) dan Indeks Komposit Jakarta (0.80 peratus).

Pasaran saham tempatan turut menerima tempias sentimen negatif pasaran global itu dengan penanda arasnya, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) kembali susut ke bawah paras 1,200 mata apabila ia jatuh 13.35 mata atau 1.11 peratus untuk ditutup pada 1,190.54 mata semalam, berbanding penutup kelmarin 1,203.89 mata.
Sementara itu, pasaran saham Eropah yang sebahagian besarnya ditutup kukuh kelmarin juga mengalami penurunan sebaik dibuka semalam didahului Indeks Am Stockholm (1.66 peratus), diikuti Indeks Pasaran Swiss (1.48 peratus); OSE, Oslo (1.03 peratus); CAC 40, Paris (0.93 peratus); ATX, Vienna (0.74 peratus) dan DAX, Jerman (0.71 peratus). Bagaimanapun Indeks FSTE 100, London naik 0.6 peratus.

Mengulas perkembangan terbaru itu, Pakar Kewangan Institut Perbankan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ahamed Kameel Meera, berkata kejatuhan berterusan nilai dolar AS adalah punca utama kenaikan harga minyak mentah dan komoditi utama lain termasuk bahan makanan.

"Sebahagian besar pelaburan dan aktiviti perdagangan global dibuat dalam dolar AS dan ekonomi AS yang kini mengalami kegawatan berterusan, menyebabkan nilai mata wang itu terus susut berbanding mata wang utama lain khususnya euro.

"Krisis dolar AS yang mencetus tekanan inflasi menyebabkan pelaburan dalam instrumen pelaburan seperti ekuiti, derivatif, opsyen dan bon, menjadi kurang menarik. Justeru mereka beralih untuk membeli kontrak komodoti yang dianggap lebih selamat berbanding yang lain," katanya.
Ahamed Kameel berkata, peralihan pelaburan oleh pengurus dana lindung nilai antarabangsa ke dalam komoditi menyebabkan harga minyak mentah dan bahan makanan global melambung tinggi, sekali gus mencetuskan krisis bahan api dan makanan global di sebilangan negara.

"Walaupun wujud peningkatan permintaan, krisis bahan api dan makanan semasa bukan disebabkan kekurangan bekalan tetapi disebabkan oleh kelemahan AS dalam menguruskan ekonominya hingga mengheret masyarakat antarabangsa ke kancah inflasi.

"Terbaru, susulan tekanan inflasi Bank Pusat Eropah dijangka menaikkan kadar faedahnya dalam mesyuaratnya minggu depan, sekali gus mencetuskan kejatuhan dolar AS apabila pelabur dana spekulatif global berebut membeli kontrak komoditi termasuk minyak mentah bagi melindung nilai pelaburan mereka, sedangkan mereka bukan pembeli sebenar bahan api itu," katanya.

Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd, Alsetdek Al Haj Ali pula berkata, lonjakan harga minyak mentah semalam juga disebabkan pertambahan mendadak pesanan setelah Presiden Opec, Chakib Khelil dalam satu temubual oleh stesen televisyen Perancis kelmarin, menjangka harga bahan api itu meningkat sehingga ke paras antara AS$150 hingga AS$170 setong dalam jangka terdekat ini.

"Kenyataan Presiden Opec itu dibuat berdasarkan jangkaan kelemahan berterusan dolar AS berbanding mata wang utama lain bergantung kepada polisi Bank Pusat Eropah terhadap mata wang euro serta sama ada Barat akan memberi tekanan kepada pengeluar minyak Iran berhubung krisis nuklear negara itu.

"Tekanan berterusan AS ke atas negara pengeluar minyak utama seperti Iran, Libya, Iraq dan Venezuela akan mewujudkan ketegangan politik yang berterusan, sekali gus membawa kepada gangguan bekalan minyak global," katanya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

aku ada terbaca kat satu blog ni yang mengatakan kemungkinan selepas olimpik beijing

ekonomi dunia akan meleset dan merudum..dan US & UK akan mengalami kemerosotan ekonomi lagi teruk dari 1970's punye..ni sebab keja spekulator harga minyak la

tekanan terhadap iran oleh israel dan us juga boleh menyebabkan harga minyak melambung berkali-kali ganda sekiranya terjadi perang antara iran dan israel n frens

bila ekonomi US ni jatuh, ekonomi kita juga dijangka terikut-ikut jatuh..

sekarang ni aku harap menda ni tak jadi, sbb kalau jadi sikit sebanyak mmg terjejas kita. dulu masa krisis ekonomi 97-98, ramai pelajar kena balik mesia walaupun da sambung kat luo negara. ada gak yg kontrek janji 2-3 taun da kena blk (tesl kot)


sumber : http://futurephenomenon.wordpress.com/2008/06/12/ekonomi-malaysia-meredum-september-2008/
ekonomi malaysia merudum september 2008?

saham dunia jatuh
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20080627233636/Article/index_html


Last edited by kudabesi87 on Tue Jul 01, 2008 12:28 am; edited 2 times in total (Reason for editing : sila tambah sumber artikal tersebut)
Back to top Go down
View user profile http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
Putra_Aiman
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM


Male Post : 634
Birthday : 24/05/1988
Age : 28
IPGM : IP Tuanku Bainun
Course : Pengajian Melayu
Batch : 2008
Registered : 21/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Sun Jun 29, 2008 2:20 am

ini baca kat utusan meloya kaa berita harian...

penah anda pikir...kita pembekal...kenapa kita pulak kena ikut kehendak pengedar yg menyusahkan pengguna...

kuasa membekal di tangan kita...most of OPEC countries adalah negera OIC....felik2..
Back to top Go down
View user profile
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 29
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Sun Jun 29, 2008 2:36 am

ni berita harian nih..

pasal minyak tu, petronas beroperasi sebagai syarikat jadi memang dia akan buat untung sebanyak mungkin la..pasal tanggungjawab pd rakyat tu blakang kira, yg penting wat untung dulu..da dapat untung baru pikir kalau nak bagi pada rakyat ke tak

mana-mana peniaga cuba kaut untung yang banyak kalau ada peluang..

yang OPEC lak, memang negara OIC yang banyak join tapi tak salah aku majoriti syarikat luar yang usahakan emas itam kat negara dorang..


penasihat pemimpin2 negara2 macam ni lak kebanyakannya mat saleh so paham-paham je la

p/s: ni bukan fakta la, cuma pembacaan aku dari geng2 prowaris je...

-----------------------------------------
pasal saham jatuh tu..boleh dikira sebagai first wave kemelesetan ekonomi la kot..

lepas ni mungkin banyak lagi negara yang boleh muflis


Last edited by CraZyGhOst on Mon Jun 30, 2008 8:47 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : combine post)
Back to top Go down
View user profile http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
Putra_Aiman
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM


Male Post : 634
Birthday : 24/05/1988
Age : 28
IPGM : IP Tuanku Bainun
Course : Pengajian Melayu
Batch : 2008
Registered : 21/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Sun Jun 29, 2008 2:40 am

waa..org prowaris...mesti geng ngan feriz ape ntah nama dia...whta ever...

apa2 pun minyak ni silap dia sbb bg org asing pgg....

masalahnya keuntungan berlipat ganda petronas tu pi kot mana??

kalau rakyat makin susah...ini ke pembangunan??

cuba habaq kat aku...lepas kita bina menara petronas,lepas kita ada SIC,lepas kita ada Eye on Eye...adakah ini membantu meningkatkan taraf hidup rakyat secara menyeluruh..

pemberian rebat....hanya menambahkayakan org yg byk keta...

-----------------------------------------------

apa kata kalau semua minyak kita x payah bg kat co. luaq...bg kat petronas juai di negara ke3...boikot sykt asing mcm cdgn phillip apa ntah nama dia...


Last edited by CraZyGhOst on Mon Jun 30, 2008 8:48 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : combine post)
Back to top Go down
View user profile
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 29
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Sun Jun 29, 2008 2:46 am

Gelak:..presiden dia nama feriz omar

aku da lama tak nampak emel dia..lepas dia kuar surat suruh pm resign tu

untung belipat kali ganda dia bagi bonus kat board of directors la kot..(fikir positif Very Happy)

rakyat makin susah..

tu pembangunan gak tapi ikut model kapitalis Very Happy

------------------------------------------------------
Putra_Aiman wrote:
apa kata kalau semua minyak kita x payah bg kat co. luaq...bg kat petronas juai di negara ke3...boikot sykt asing mcm cdgn phillip apa ntah nama dia...

ada gak aku baca..

tp berkesan tak berkesan aku tak tau la..

masa aku bukak blog faisal tehrani aritu ada sorang user ni terang panjang lebar pasal teori ni..dia kata boleh berjaya..aku pun tak bape paham la, aku blajo ekonomi basic je

klu ikut cara mudah, klau tak de orang nak beli, mungkin syarikat boleh turunkan harga untuk tarik balik pengguna


Last edited by CraZyGhOst on Mon Jun 30, 2008 8:49 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : combine post)
Back to top Go down
View user profile http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
sapix
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah


Male Post : 203
Birthday : 17/08/1986
Age : 30
IPGM : IPBA
Course : KS/BI
Batch : Julai 2005
Registered : 29/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Sun Jun 29, 2008 2:55 am

masalah skrg petronas xkan lakukan keje2 memboikot tu sebab dia akan pikir untung nasib dia lak...

bagi aku laa, minyak tu warisan negara. khazanah negara yg tuhan kurniakan kpd kita sbg rakyat di tanah bertuah ni. petronas tu sepatutnya jadik badan penjaga amanah.

tp bile dah jadi syarikat sape yg xnak untug ye dak...

hehe, sori. diz is ma first post.
Back to top Go down
View user profile http://sangkunang.blogspot.com/
Putra_Aiman
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM


Male Post : 634
Birthday : 24/05/1988
Age : 28
IPGM : IP Tuanku Bainun
Course : Pengajian Melayu
Batch : 2008
Registered : 21/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Sun Jun 29, 2008 2:57 am

kudabesi87 wrote:
Gelak:..presiden dia nama feriz omar

aku da lama tak nampak emel dia..lepas dia kuar surat suruh pm resign tu

untung belipat kali ganda dia bagi bonus kat board of directors la kot..(fikir positif Very Happy)

rakyat makin susah..

tu pembangunan gak tapi ikut model kapitalis Very Happy

huhu...pasal kapaitalis ...bila pk balik komunis mmg ada baiknya...
Back to top Go down
View user profile
sapix
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah


Male Post : 203
Birthday : 17/08/1986
Age : 30
IPGM : IPBA
Course : KS/BI
Batch : Julai 2005
Registered : 29/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Sun Jun 29, 2008 3:18 am

feriz?
aku pon rindu ngan bro feriz ni.
lama x denga cite.

lepas dia mintak pak lah resign ari tu teros senyap je.
dah ke kem kemunting ke?
Back to top Go down
View user profile http://sangkunang.blogspot.com/
Putra_Aiman
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM


Male Post : 634
Birthday : 24/05/1988
Age : 28
IPGM : IP Tuanku Bainun
Course : Pengajian Melayu
Batch : 2008
Registered : 21/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Sun Jun 29, 2008 3:30 am

ngeh...tp puak2 prowaris ni aku x caya ngat...

mcm yg korang ckp laa...

sengap pi dah...

hangat2...

laa ni beralih pada agenda reformasi...

anwar mmg btul2 nk reform malaysia...
Back to top Go down
View user profile
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 29
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Sun Jun 29, 2008 2:29 pm

Putra_Aiman wrote:
kudabesi87 wrote:
Gelak:..presiden dia nama feriz omar

aku da lama tak nampak emel dia..lepas dia kuar surat suruh pm resign tu

untung belipat kali ganda dia bagi bonus kat board of directors la kot..(fikir positif Very Happy)

rakyat makin susah..

tu pembangunan gak tapi ikut model kapitalis Very Happy

huhu...pasal kapaitalis ...bila pk balik komunis mmg ada baiknya...

kat atas kertas memang apa yg karl marx tulis tu nampak boleh berjaya..

kalau ikut teori ekonomi komunis sume harta benda milik negara..

tapi kalau sebenar aku rasa tak leh berjaya, tambah lak komunis ni amal one party je sebarang penentangan dianggap boleh mengulingkan revolusi dorang..

best gak kalau bincang pasal teori ni tapi kena bukak buku balik la..da lupe hehe

-------------------------------------------------

feriz?

dia da slow down da..

takut SB cari dia kot..

lagipun dia orang bisness mesti sebuk..


Last edited by CraZyGhOst on Mon Jun 30, 2008 8:50 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : combine post)
Back to top Go down
View user profile http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
Putra_Aiman
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM


Male Post : 634
Birthday : 24/05/1988
Age : 28
IPGM : IP Tuanku Bainun
Course : Pengajian Melayu
Batch : 2008
Registered : 21/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Sun Jun 29, 2008 4:33 pm

hahaha...aku rasa bek hampa follow RPk lagi best laa...x penah takut...segala mcm sknadal dh didedah...
aku tingat ucapan dia dlm ceramah DAP di Bkt Bntg...mmg dia dh cakap 5 negeri akan jatuh ke tgn PR...and mmg btul...

pasal kes sdom2 ni....

gi laa baca kat malaysia-today siapa yg accuse dsai...aku terkezut gak...rupanya budak ngaji x abis yg perasan gay and dulu dibenci sbb mengumnokan mpp uniten...huhu

--------------------------------------------------------

kudabesi87 wrote:
Putra_Aiman wrote:
kudabesi87 wrote:
Gelak:..presiden dia nama feriz omar

aku da lama tak nampak emel dia..lepas dia kuar surat suruh pm resign tu

untung belipat kali ganda dia bagi bonus kat board of directors la kot..(fikir positif Very Happy)

rakyat makin susah..

tu pembangunan gak tapi ikut model kapitalis Very Happy

huhu...pasal kapaitalis ...bila pk balik komunis mmg ada baiknya...

kat atas kertas memang apa yg karl marx tulis tu nampak boleh berjaya..

kalau ikut teori ekonomi komunis sume harta benda milik negara..

tapi kalau sebenar aku rasa tak leh berjaya, tambah lak komunis ni amal one party je sebarang penentangan dianggap boleh mengulingkan revolusi dorang..

best gak kalau bincang pasal teori ni tapi kena bukak buku balik la..da lupe hehe

cuba ada satu negra komunis yg ketegaq....aku suka dsar depa tp tu laa..negara yg terlalu byuk dasar ni jauh ketinggalan...bayangkan telefon bimbit barui sahaja dibenarkan digunakan di CUBA...

kita boleh ka idup tanpa nset?


Last edited by CraZyGhOst on Mon Jun 30, 2008 8:52 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : combine post)
Back to top Go down
View user profile
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 29
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Sun Jun 29, 2008 11:11 pm

Gelak:

nasib la, komunis ni senang wujudkan diktatorship Laughing

bagi aku tak leh aku terima komunis ni..

buat susah je orang dulu2 lawan komunis
Back to top Go down
View user profile http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
Putra_Aiman
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM


Male Post : 634
Birthday : 24/05/1988
Age : 28
IPGM : IP Tuanku Bainun
Course : Pengajian Melayu
Batch : 2008
Registered : 21/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Mon Jun 30, 2008 3:01 am

masalah dia ..kalau jd gelira ni...hg pejuang kaa..komunis kaa underground army kaa semua akan di cop jahat...

komunis mcm shamsiah fakeh,n rashid maidin...depa msk komunis sbb smgt nasionalis...

cuba laa baca buku cim peng...kita byk ditipu oleh sejarah buku teks...sejak zaman tunku byk fakta dh disengajasalahkan....
Back to top Go down
View user profile
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 29
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Mon Jun 30, 2008 3:42 am

camner leh masuk bab ni neh...ni bukan krisis ekonomi ke...Malaysia mmg depend pada US tuk pasaran ekonomi...n ekonomi dunia US pegang so...ble US jatuh byk negara len bleh jatuh....


Ramai pakar ekonomi suh Malaysia bertapak kukuh kat asia barat tapi tak tau la syek duk US..US..US... Mungkin la 'us' bermaksud kita...so susah senang kita bersama...ish...payah la...
Back to top Go down
View user profile http://ipgm-community.forumotion.org
adib
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM


Male Post : 907
Birthday : 12/10/1987
Age : 29
IPGM : IPPP
Course : PPRPET MATEMATIK
Batch : JULAI 2005
Registered : 25/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Mon Jun 30, 2008 2:52 pm

sekarang ni macam2 la berita.. kadang2 aku sendiri on xtau yg mana satu yang betui.. huhuuhhu
Back to top Go down
View user profile http://www.adib.ae
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 29
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Mon Jun 30, 2008 11:45 pm

Putra_Aiman wrote:
masalah dia ..kalau jd gelira ni...hg pejuang kaa..komunis kaa underground army kaa semua akan di cop jahat...

komunis mcm shamsiah fakeh,n rashid maidin...depa msk komunis sbb smgt nasionalis...

cuba laa baca buku cim peng...kita byk ditipu oleh sejarah buku teks...sejak zaman tunku byk fakta dh disengajasalahkan....

itu aku tau..

aku asal temerloh

ada gak pemimpin pkm melayu asal temerloh..

n rejimen ke 10 pkm pun ditubuhkan kat temerloh gak..

aku tau pejuang haluan kiri masa tu, tak da pilihan sama ada ditangkap british atau masuk hutan join dengan puak komunis nih..dan memang ada orang melayu yang berpendidikan agama atau bertaraf guru silat masuk pkm ni sebab benci british

pasal buku sejarah tu aku tak nak komen la..sbb bak kata pepatah sejarah ditulis oleh orang yang menang

tapi selepas merdeka pun, n selepas pengunduran tentera british/komanwel dari bumi ni masih ada penentangan bersenjata dari pkm

satu lagi, darurat pertama n insurgensi sampai tahun 1989 makan banyak darah & nyawa..ada ramai askar dari ramd, rrd&pph terburai perut kena rodok dengan bayonet.padahal da kena tembak da..fikir balik apa yang terjadi masa selepas tamat perang dunia ke 2 tu..

dan satu benda yang aku tak tahu betul ke tak, orang kata kalau pkm berjaya.. tanah melayu akan dijadikan salah satu negeri/wilayah naungan republik china..ko nak tak?

aku akui sumbangan puak haluan kiri kepada kemerdekaan/negara..cuma aku masih lagi tak bleh terima puak komunis yang tak insap lagi..mungkin sebab ayah aku pernah hidup zaman darurat dengan insurgensi ni..mungkin dari cerita dia sikit sebanyak pengaruh aku gak..datuk aku homeguard je, ayah aku pernah join Pasukan Pertahanan
Tenpatan (Wataniah skg)

correct me if i'm wrong

p/s: i'm not a fighter, i'm a lover Embarassed afro
Back to top Go down
View user profile http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 29
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Mon Jun 30, 2008 11:53 pm

acmay wrote:
camner leh masuk bab ni neh...ni bukan krisis ekonomi ke...Malaysia mmg depend pada US tuk pasaran ekonomi...n ekonomi dunia US pegang so...ble US jatuh byk negara len bleh jatuh....


Ramai pakar ekonomi suh Malaysia bertapak kukuh kat asia barat tapi tak tau la syek duk US..US..US... Mungkin la 'us' bermaksud kita...so susah senang kita bersama...ish...payah la...

hehe tu la..

tak pe kita boleh wujudkan secara perlahan-lahan

gunakan dengan baik kerjasama OIC dengan negara selatan-selatan

kalau boleh kita cari negara asia barat yang kurang condong ke arah US ni..biasanya negara cam ni dia perlukan bantuan utk maju..

kalau macam arab saudi, kuwait memang dorang banyak dipengaruhi oleh US la
Back to top Go down
View user profile http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 29
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Tue Jul 01, 2008 1:31 am

tapi 2 la...aku tgk kuasa iran, jepun n korea US tak berani nak sound direct...sbb masing2 ader silent killer tuk lenyapkan US... Dari dulu aku merasakan jepun adalah negara terbaik tuk kita ikut...tapi tak tau la...kebanyakan minyak di dunia negara OIC pegang...so kalau dorang betul2 teamwork...mmg ble berjaya tuk control the world..
Back to top Go down
View user profile http://ipgm-community.forumotion.org
Putra_Aiman
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM


Male Post : 634
Birthday : 24/05/1988
Age : 28
IPGM : IP Tuanku Bainun
Course : Pengajian Melayu
Batch : 2008
Registered : 21/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Tue Jul 01, 2008 11:17 am

kudabesi87 wrote:
Putra_Aiman wrote:
masalah dia ..kalau jd gelira ni...hg pejuang kaa..komunis kaa underground army kaa semua akan di cop jahat...

komunis mcm shamsiah fakeh,n rashid maidin...depa msk komunis sbb smgt nasionalis...

cuba laa baca buku cim peng...kita byk ditipu oleh sejarah buku teks...sejak zaman tunku byk fakta dh disengajasalahkan....

itu aku tau..

aku asal temerloh

ada gak pemimpin pkm melayu asal temerloh..

n rejimen ke 10 pkm pun ditubuhkan kat temerloh gak..

aku tau pejuang haluan kiri masa tu, tak da pilihan sama ada ditangkap british atau masuk hutan join dengan puak komunis nih..dan memang ada orang melayu yang berpendidikan agama atau bertaraf guru silat masuk pkm ni sebab benci british

pasal buku sejarah tu aku tak nak komen la..sbb bak kata pepatah sejarah ditulis oleh orang yang menang

tapi selepas merdeka pun, n selepas pengunduran tentera british/komanwel dari bumi ni masih ada penentangan bersenjata dari pkm

satu lagi, darurat pertama n insurgensi sampai tahun 1989 makan banyak darah & nyawa..ada ramai askar dari ramd, rrd&pph terburai perut kena rodok dengan bayonet.padahal da kena tembak da..fikir balik apa yang terjadi masa selepas tamat perang dunia ke 2 tu..

dan satu benda yang aku tak tahu betul ke tak, orang kata kalau pkm berjaya.. tanah melayu akan dijadikan salah satu negeri/wilayah naungan republik china..ko nak tak?

aku akui sumbangan puak haluan kiri kepada kemerdekaan/negara..cuma aku masih lagi tak bleh terima puak komunis yang tak insap lagi..mungkin sebab ayah aku pernah hidup zaman darurat dengan insurgensi ni..mungkin dari cerita dia sikit sebanyak pengaruh aku gak..datuk aku homeguard je, ayah aku pernah join Pasukan Pertahanan
Tenpatan (Wataniah skg)

correct me if i'm wrong

p/s: i'm not a fighter, i'm a lover Embarassed afro

aku idak laa kata aku sokong...btui ka ang kata tanah melayu nk jd wilayah takluk cina??ada bukti??
Back to top Go down
View user profile
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 29
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Tue Jul 01, 2008 6:27 pm

bagus2..

pasal wilayah takluk china tu, aku pun tak tau betul ke tak..

menda tu aku baca kat board military, police n security agency..

mungkin betul, mungkin tak hehe

ko ada member keja SB ke risik diraja ke atau risik tempur?

leh kita tanya..mana tau dorang leh bagi tau menda yg kita tak tau
Back to top Go down
View user profile http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
kudabesi87
Pelajar Sekolah Menengah
Pelajar Sekolah Menengah


Male Post : 351
Birthday : 03/01/1987
Age : 29
IPGM : ip ba
Course : papret intake 07
Batch : julai 05
Registered : 29/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Tue Jul 01, 2008 6:32 pm

acmay wrote:
tapi 2 la...aku tgk kuasa iran, jepun n korea US tak berani nak sound direct...sbb masing2 ader silent killer tuk lenyapkan US... Dari dulu aku merasakan jepun adalah negara terbaik tuk kita ikut...tapi tak tau la...kebanyakan minyak di dunia negara OIC pegang...so kalau dorang betul2 teamwork...mmg ble berjaya tuk control the world..

dari segi ekonomi boleh la..

tp kena ingat gak jepun sekarang ni da dibrainwash oleh us lepas WW2

smpai sekarang jepun tak brani suruh kuar us marine dari jepun atas beberapa sbb antaranya ancaman china n korea utara..

kalau dr segi nak sound direct ni, banyak negara amik langkah diplomasi la..

pasal minyak lak, banyak negara oic ni industri minyak diusahakan oleh orang luor dorg amik duit je
Back to top Go down
View user profile http://www.malayneum-kudabesi.blogspot.com
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 29
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Wed Jul 02, 2008 4:10 pm

2 la kelemahnannya pemimpin2 masa kini tidak menghargai hasil dalam negeri sendiri...entah la..minyak semakin berkurangan...mungkin suatu hari nnti minyak sudah tiada lagi..
Back to top Go down
View user profile http://ipgm-community.forumotion.org
adib
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM


Male Post : 907
Birthday : 12/10/1987
Age : 29
IPGM : IPPP
Course : PPRPET MATEMATIK
Batch : JULAI 2005
Registered : 25/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Wed Jul 02, 2008 4:18 pm

mungkinnnnn... tapi aku harap masa tu sumber2 alternatif lain muncul... dari sumber bahan mentah dalam negara la.. baru la ekonomi kita meningkat.. xyah nak bergantung kat negara luar.. ni berita A.S nak serang Iran pulak.. harga minyak dijangka naik pulak.. tu baru spekulasi.. blum serang btul2 lagi.. kalau dah serang.. sah2 naik melambung tinggi2 bakawali
Back to top Go down
View user profile http://www.adib.ae
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 29
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Wed Jul 02, 2008 4:51 pm

mmg la...kenaikan harga minyak berpunca dari perang Iraq yang terlalu jelas meningkatnya harga pasaran minyak dunia..klu Iran perang jugak...hmmm...mmg lagi teruk la jwbnye minyak kat dunia ni..
Back to top Go down
View user profile http://ipgm-community.forumotion.org
Putra_Aiman
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM


Male Post : 634
Birthday : 24/05/1988
Age : 28
IPGM : IP Tuanku Bainun
Course : Pengajian Melayu
Batch : 2008
Registered : 21/06/2008

PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Wed Jul 02, 2008 6:52 pm

sbnaqnya byk tumbuhan leh jd biodesel...allah dh bagi sumber kat bumi kita ni cukup dh...

cuma kita ja yg dok cangak tgk...

dlu cacing org x pndg pun...skrg cacing pun leh wat duit...

anyway sape2 minat nk ternak cacing leh cari aku...huhu...
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: krisis ekonomi lagi?   Today at 7:34 pm

Back to top Go down
 
krisis ekonomi lagi?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 3Go to page : 1, 2, 3  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Isu Semasa Dalam dan Luar Negara-
Jump to: