Portal v2HomeFAQSearchMemberlistMemberlistRegisterLog in

Share | 
 

 tudungi hijab, tudungi hati..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: tudungi hijab, tudungi hati..   Sat Jul 19, 2008 2:43 pm

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik teman saya, nur annisa, seorang
gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka
berkelakuanseperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun,
perkembangan tingkahlakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini

> menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan
guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah
meminta adik memakai tudung.
> Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku

> pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa,
adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok,
> jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya
sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat
sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend
diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak
pernah buat macam tu!"
>
> Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik.
> Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.
> Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan

> annisa
dengan hukumMu".
>
> Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.
Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.
Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat
> dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa

> lama
mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai
isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang
menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
>
> Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada

> saya,
"abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan
tuli?"
>
> Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah
mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata
saya
> dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah
mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada
wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat
lesi......entah apa yang dah berlaku?
>
> Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung
yang labuh. Adik pakai baju labuh....... lengan panjang pula tu...saya
sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana
saya
> melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia

> berubah
seratus peratus!
>
> Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke
rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah...
saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya
dia
> suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya
sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat
nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia
menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati
saya..
>
> Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di

> kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya
bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga
ibu
> memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam

> perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di
beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
>
> Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati
berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam
rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas
memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik
boleh
> mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat
ditahan lagi...
>
> Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke
bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.
> Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya
sebelum Sleep semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai
demi
> sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan
pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..
>
> Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu

> khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami

> itu. Butirannya
> seperti ini:
>
> Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
>
> Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti


> bidadari
>
> "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"
>
> Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang
dari lubuk hati
>
> Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan


> cantik
>
> Isteri jiranku : Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah
SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?
>
> Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak a da masalah
kalau
> saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.
> Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi
kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..
pendapat mak cik bagaimana?
>
> Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh
tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala
sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya
akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah
perlindungan untuk wanita ..
>
> Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang

> kelakuannya tak elok..
>
> Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna
disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami
>
> Annisa : apakah hakikat tudung ?
>
> Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu,
lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia
sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi
telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk
dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang
berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang
tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan
untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain
Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan
menyinari hati kamu..
> tulah hakikat tudung
>
> Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung...
mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat
semua tu?
>
> Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan
dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila
kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk
> melaksanakan
> amalan-amalan 'tudung'
> hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
> Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan
dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh
manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu
padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada
rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas
kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia
> ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak

> mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi ,
antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih
berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia
berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya
> mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana
rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang
banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung
amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika
> dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk
seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT
murka..
> belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga

> ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang
panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.
> Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak
berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan
menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar ,
Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.
> .. . . . Allah SWT .
>
> Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya
terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk
matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat
tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu..
wanita
> yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak
pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT ,
wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang
dosa dan sia sia"
>
> Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku
disisinya..Amin



Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita
semua. Wassalam...
Back to top Go down
 
tudungi hijab, tudungi hati..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Perbincangan Agama-
Jump to: