Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Portal v2HomeSearchLatest imagesMemberlistRegisterLog in

 

 Perbezaan Marjerin dengan Mentega

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Mr. Admin
Sultan IPGMriah
Sultan IPGMriah
Mr. Admin


Male Post : 2022
Birthday : 19/01/1987
Age : 37
IPGM : IP Perlis
Course : PISMP Matematik
Batch : Julai 2005
Registered : 27/05/2008

Perbezaan Marjerin dengan Mentega Empty
PostSubject: Perbezaan Marjerin dengan Mentega   Perbezaan Marjerin dengan Mentega Icon_minitimeSun Aug 03, 2008 6:14 pm

Beza Marjerin Dan Mentega

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.


Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.


TAHUKAH ANDA ... perbezaan antara marjerin dan mentega?


Bacalah sehingga ke akhirnya?anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.


Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!


Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.


Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.


Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan ? INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!


Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).


Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:


Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik.

Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?
Back to top Go down
https://ipgm-community.forumms.net
kayhebat
Pelatih IPGM
Pelatih IPGM
kayhebat


Male Post : 779
Birthday : 10/11/1987
Age : 36
IPGM : IPPP
Course : PJ Major,English Minor
Batch : Julai 2005
Registered : 09/07/2008

Perbezaan Marjerin dengan Mentega Empty
PostSubject: Re: Perbezaan Marjerin dengan Mentega   Perbezaan Marjerin dengan Mentega Icon_minitimeSun Aug 03, 2008 8:10 pm

wooo..takotnya..jgn mKn mentega...eh?silap...jgn mkn majerin!!!
Back to top Go down
http://kayhebat.blogspot.com
 
Perbezaan Marjerin dengan Mentega
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 50 perbezaan antara lelaki dan perempuan
» Zodiak dengan Pekerjaannya
» Bibik dengan kes telefon
» Berbicara Dengan Ikan Atasi Tekanan
» Hantu menyerang Malaysia ! Bekalkan diri dengan keimanan.

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Pengetahuan Am-
Jump to: