Portal v2HomeFAQSearchMemberlistMemberlistRegisterLog in

Share | 
 

 KELEBIHAN HABBATUS SAwDA’ - bukti penemuan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 29
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

PostSubject: KELEBIHAN HABBATUS SAwDA’ - bukti penemuan   Wed Aug 20, 2008 4:41 pm

Hadis riwayat Bukhari menyebut seperti berikut:

....الْحَبَّةِ السَّوْدَاءِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلَّا السَّامَ

Maksudnya: "Habbatus sawda’ mempunyai penawar bagi semua penyakit kecuali maut.”


Ciri-Ciri Habbatus Sawda’

Menurut Dr. Abdullah Abdurraziq Mas’ud, di dalam kamus al-Mu’jam al-Wasit mendefinisikan habbatus sawda’ iaitu sebagai sejenis rumput yang berwarna hitam yang bermusim tahunan. Ia mempunyai daun yang kecil serta halus dan bunganya pula berwarna biru. Di hujung bunga tersebut terdapat buah yang berbungkus yang di dalamnya terdapat biji kecil yang berwarna hitam.

Dari sudut saintifik, habbatus sawda’ ini termasuk di dalam famili atau jenis Nigelle dan Ranunculus atau Remun Culaceae dan nama saintifik bagi habbatus sawda’ ini ialah Nigelle Santiva.


Fakta Saintifik: Nilai-Nilai Perubatan Dan Kandungan Yang Terdapat di Dalam Habbatus Sawda’.

Melalui hasil analisa yang telah dijalankan oleh Dr. Zemmy HM Rai, beliau mendapati bahawa habbatus sawda’ ini mengandungi enzim-enzim penghadaman, fostat, kalsium sulfur, karbohidrat, anti bakteria, anti kanser, hormon-hormon penguat tenaga batin, unsur-unsur peningkatan seksual, melawas air kecil (kencing) dan penyembuh demam kuning. Malah di dalam habbatus sauda’ ini juga terdapat beberapa bahan yang penting iaitu fixed oil (saturated dan unsaturated), minyak-minyak asas (sterol, carvone, thymohydro quinine, limonine, cymene), alkali (alkoloids), saponin dan asid amino.

Pada tahun 1986, Dr. El-Kadi dan Dr. Kandil membuat kajian yang melibatkan dua kumpulan sukarelawan. Bagi kumpulan pertama, setiap individu diberikan kapsul habbatus sauda’ sebanyak satu gram bagi diambil dua kali sehari selama empat minggu dan kumpulan kedua diberikan kapsul kosong atau placebo. Kadar sel-sel putih dalam darah atau complete lymphocyte count dikenal pasti sebelum dan selepas kajian dilakukan. Selepas empat minggu, didapati daya ketahanan sel putih atau helper to suppressor T-cell ratio sukarelawan yang mengambil habbatus sauda’ meningkat sebanyak 72 kumpulan dan sebaliknya bagi kumpulan yang kedua, ia didapati menurun sebanyak 7 peratus. Dalam laporan yang dikemukakan, mereka merumuskan penemuan ini dapat dijadikan batu asas bagi merawat pesakit-pesakit AIDS, barah dan seumpamanya kerana habbatus sauda’ mampu merangsang sistem pertahanan badan atau immune system secara positif. Keputusan kajian ini disahkan oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor Basil Ali dan kumpulannya dari Kolej Perubatan Universiti Raja Faisal. Hasil kajian itu dimuatkan di dalam Saudi Pharmaceutical Journal pada tahun 1993. Dr. Haq dari Pusat Penyelidikan Biologi dan Perubatan di Riyahd, Saudi Arabia juga mengesahkan kebenaran penemuan ini pada tahun 1997.

Terdapat banyak lagi kelebihan habbatus sawda’ yang telah dibuktikan berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh para pengamal perubatan sedunia yang lain. Antaranya Dr. Badr-el-din dan Dr. Mahfouz pada tahun 1960 mendapati ianya berfaedah dalam rawatan penyakit asma. Kajian yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Amala di Amala Nagar, Kerala, India pada tahun 1991 mendapati ianya dapat membantu dalam rawatan kanser. Ahli-ahli sains dari Jabatan Farmasi, Universiti Dhaka Bangladesh melakukan kajian yang membandingkan habbatus sawda’ dengan lima antibiotik yang terkenal dan mendapati ianya lebih berkesan berbanding kelima-lima antibiotik tersebut.

Demikianlah penemuan-penemuan saintifik yang direkodkan oleh para ilmuan Islam dan bukan Islam dalam penyelidikan mereka dalam mengkaji dan menguji keabsahan kata-kata Baginda Rasulullah s.a.w.
Back to top Go down
View user profile http://crescentstuff.blogspot.com/
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 29
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

PostSubject: Re: KELEBIHAN HABBATUS SAwDA’ - bukti penemuan   Wed Aug 20, 2008 4:57 pm

mase aku skola dlu ade org jual habatus sawda ni..
byk kelebihannye..
tp aku xpenah amalkan lagi habatus sawda ni..
hmm~
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/paan1904
 
KELEBIHAN HABBATUS SAwDA’ - bukti penemuan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Saintifik dan Fakta-
Jump to: