Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
Portal v2HomeSearchLatest imagesMemberlistRegisterLog in

 

 Khasiat Buah Tamar

Go down 
2 posters
AuthorMessage
crescent
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
crescent


Female Post : 3156
Birthday : 03/11/1987
Age : 36
IPGM : ipik
Course : Papret - special edu
Batch : januari 2007
Registered : 04/07/2008

Khasiat Buah Tamar Empty
PostSubject: Khasiat Buah Tamar   Khasiat Buah Tamar Icon_minitimeWed Aug 20, 2008 4:44 pm

Hadis yang akan dibincangkan ini ialah berkaitan amalan tahnīk ke atas bayi yang baru dilahirkan. Banyak hadis yang menyebut tentangnya, antaranya ialah hadis riwayat Bukhāri dan Muslim daripada ’Abū Mūsā yang menceritakan perihal Nabi Muhammad s.a.w. mentahnīk anak sulungnya dengan buah tamar. Hadis ini berbunyi seperti berikut:


وُلِدَ لِي غُلَامٌ فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ فَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ وَدَفَعَهُ إِلَيَّ وَكَانَ أَكْبَرَ وَلَدِ أَبِي مُوسَى

Maksudnya: "Aku dikurniakan seorang anak. Lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan beliau menamakannya dengan nama Ibrahim. Kemudian beliau melakukan tahnīk dengan menggunakan buah kurma serta mendoakannya dengan keberkatan. Kemudian beliau menyerahkannya semula kepadaku.”


Kurma dan Habitatnya

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah s.a.w.


Buah Tamar dan Khasiatnya

Buah tamar lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 60 hingga 70 peratus gula asli di dalam bentuk glukosa dan fraktosa yang mudah diserap oleh badan. Di samping karbohidrat, setiap 100 gram buah tamar mengandungi lebih kurang 15.3 peratus air, 2.5 peratus protein, 0.4 peratus lemak, 2.1 peratus zat-zat logam dan 3.9 peratus serat. Di antara zat-zat logam yang terdapat di dalam buah tamar ialah kalsium, fosforus, zat besi dan vitamin B.


Fakta Saintifik: Buah Tamar dan Tahnīk

Sains membuktikan sunnah ini adalah saintifik. Baru-baru ini satu kajian bertajuk The Analgesic (Pain Killing) Effect of Sucrose In Full Term Infants: A Randomised Controlled Trial dilakukan oleh Nora Haouari, Cristopher Wood, Gillian Griffiths dan Malcolm Levene di Leed General Infirmary di England. Dalam kajian yang dilakukan, 60 orang bayi berumur antara 1 hingga 6 hari telah diberikan 2ml larutan yang mengandungi gula sukrosa. Dalam peratus yang berlainan iaitu 12.5 peratus, 25 peratus, 50 peratus dan salah seorang daripada mereka hanya diberi air kosong (sterile water) sebagai kontrol. Selepas larutan ini diberikan melalui mulut, bayi-bayi dicucuk di bahagian kaki bagi mengeluarkan darah supaya ujian makmal dapat dilakukan ke atasnya.

Kajian ini mendapati selepas bayi-bayi dicucuk, masa tangisan yang diambil oleh bayi-bayi ini berbeza mengikut larutan sukrosa yang diambil oleh mereka. Masa tangisan bagi bayi-bayi yang mengambil air kosong tanpa sukrosa adalah yang paling lama. Sebaliknya masa tangisan bayi-bayi yang mengambil sukrosa adalah pendek terutamanya mereka yang diberikan larutan sukrosa yang paling tinggi. Justeru, pakar-pakar merumuskan, gula dapat dimanfaatkan sebagai bahan pencegah sakit bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Tambahan pula ia adalah selamat digunakan. Penemuan ini dilaporkan di dalam British Medical Journal bertarikh 10 Jun 1995.

Justeru, tahnīk ke atas bayi yang baru dilahirkan dengan menggunakan buah tamar bukanlah suatu perbuatan yang tidak masuk akal, seperti yang dikatakan oleh sesetengah golongan. Sebaliknya sains membuktikan bahawa tahnīk mampu menghilangkan perasaan sakit yang menimpa ke atas bayi selepas dilahirkan kerana buah tamar kaya dengan gula terutamanya daripada jenis sukrosa.
Back to top Go down
http://crescentstuff.blogspot.com/
paan1904
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan
paan1904


Female Post : 2527
Birthday : 19/04/1987
Age : 37
IPGM : IPDA
Course : PISMP IPGM SCIENCE
Batch : JANUARY 2007
Registered : 15/06/2008

Khasiat Buah Tamar Empty
PostSubject: Re: Khasiat Buah Tamar   Khasiat Buah Tamar Icon_minitimeWed Aug 20, 2008 4:53 pm

waahh...nnt dah ade anak leh praktikkan..
Gelak:
Back to top Go down
http://www.friendster.com/paan1904
 
Khasiat Buah Tamar
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» KHASIAT MADU LEBAH
» Buah Epal Hijau Boleh Menurunkan Berat Badan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum :: Section Komuniti dan Diskusi :: Saintifik dan Fakta-
Jump to: